Ayat al-Quran

Ahad, 18 Disember 2011

Sembang Rakyat!!! Tengok Boleh ~ Percaya Jangan

Assalamualaikum w.b.t...maaf la ya..ini bukan blog politik..Tapi just nak kongsikan apa yg seronok bila baru-baru ini saya ada tengok satu link yang di post oleh sahabat saya di laman sosial facebook..so x pe la..saya pn tengok je lah..dah org post kan..Video tue berjudul "Musim Hudud PAS" dan "Lagi Hudud" dan katanya dibuat oleh "Sembang Rakyat"..
 
 

 
Penyebaran video sembang rakyat di laman sosial facebook dan youtube merupakan isu panas di negara kita ni...Mana tidaknya..ia melibatkan isu-isu sentimen agama..Bukanlah ia dibangkitkan oleh orang bukan Islam, bahkan orang Islam sendiri berani mempermainkan sensitiviti agama..Video tersebut dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

Khamis, 8 Disember 2011

PERIHAL HOMOSEKS @ LIWAT : PENGULANGAN SEJARAH KERUNTUHAN MANUSIA


Mutakhir ini kita  dikejutkan dengan keberanian orang Islam ats nama kebebasan mempromosikan homoseks dan seumpamanya. Jika tdk diberi kesedaran dan kefahaman yang sebenar berkenaan isu ni ia pasti merebak dan penyakit yang membarah dalam masyarakat. Liwat termasuk perbuatan derhaka yang boleh merosak sendi2 kehidupan manusia serta boleh menghancurkan dunia ini. Ini krn dengan meliwat, lelaki dan perempuan akn hidup tanpa peraturan.

Selasa, 13 September 2011

PERKAHWINAN : TUNTUTAN AGAMA @ ADAT


Assalamualaikum w.r.b.

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...

Tatkala kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan “biar mati anak, jangan mati adat”. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat masih diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan.

Sabtu, 18 Jun 2011

Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai



Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Jumaat, 10 Jun 2011

TUDUHAN JAHAT ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN

Yahudi Laknatullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya pada kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup diatas muka bumi Allah yang penuh indah dan damai. Terima kasih di ucapkan kepada rakan-rakan yang melayari blog yang tidak seberapa ini. Selepas menunaikan solat isyak sebentar tadi, tiba-tiba tergerak hati untuk melayari my blog untuk dikongsikan bersama rakan-rakan sekalian. Pada kali ini ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan seperjuangan sekalian berkaitan tuduhan jahat orientalis terhadap al-Quran. Sebelum ini saya pernah post di blog ini, tetapi yang sebelumnya tidak beberapa lengkap. Jadi, kali ini ingin saya lengkapkan topik ini kepada rakan-rakan sekalian kerana topik ini menarik untuk diperbincangkan bersama. Al-Quran adalah kalam Allah dan juga sebagai sumber utama kepada umat Islam. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah mempertahankan kesucian al-Quran daripada difitnah, dicaci dan dihina oleh golongan-golongan orientalis laknatullah.

Jumaat, 22 April 2011

SIRAH NABAWIYYAH DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI

1.0 PENDAHULUAN

Memahami metode dakwah yang dilaksanakan dan dibawa oleh Rasulullah s.a.w amatlah penting, kerana apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w tentang cara berdakwah samada kepada umat Islam mahupun bukan Islam merupakan satu Sunnah. Ia merupakan prinsip asas bagi persediaan dan perlaksanaan dakwah. Kalau asas Sunnah dalam cara dan perlaksanaan dakwah ini tidak dapat difahami secara jelas maka ditakuti usaha dakwah ini kurang berkesan dan tidak akan sampai kepada matlamat yang dituju.

Rabu, 30 Mac 2011

DAKWAH KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI: PENGALAMAN DAKWAH DI KAMPUNG TANAH GEMBUR, LEDANG, JOHOR DARUL TAKZIM



Pada kali ini saya cuba membincangkan aspek dakwah terhadap non-Muslim. Dakwah terhadap komuniti Orang Asli di Tanah Gembur, Ledang Johor dijadikan sampel bagi tasawwur dakwah Islamiah terhadap non-Muslim secara umum. Beberapa metode dakwah yang telah dilaksanakan dan dikenal pasti efektif dalam menarik masyarakat orang asli menerima Islam juga dikemukakan.

Jumaat, 11 Februari 2011

SEJARAH KERAJAAN MAMLUK

1.0 PENGENALAN

Kerajaan Mamluk merupakan sebuah kerajaan Islam yang banyak mengecapi kejayaan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, muncul di Mesir pada pertengahan abad ke 7H/13M. Majoriti pemerintahan Mamluk terdiri daripada kumpulan hamba yang menggantikan pemerintahan Kerajaan Ayubiyah (Poole. 1966: 74-75). Kejayaan terbesar yang dicapai oleh tentera Mamluk apabila mereka berjaya menghalau tentera Salib di Palestin di bawah pimpinan al-Zahir Rukn al-Din Baybars al-Bunduqdari (658H/ 1260M), Sultan Mamluk yang keempat. Al-Zahir Baybars telah mewujudkan satu peristiwa penting selama pemerintahannya dengan melakukan bai’ah terhadap al-Muntasir (1226M-1242M) sebagai khalifah boneka. Baybars telah menjalinkan hubungan dengan Konstantinople, Cicilia dan Berke. Mamluk di bawah pemerintahan Baybars telah menyambung pemerintahan kerajaan khilafah Islamiyah Abbasiyah. Maka bermulalah pemerintahan Mamluk yang bersultankan para hamba yang telah dimerdekakan dalam kerajaan Islam buat pertama kalinya dalam sejarah dunia.

Selasa, 18 Januari 2011

DAKWAH MELALUI LAYANAN EMOSI


Emosi merupakan rasa batin yang terdapat pada seseorang seperti perasaan gembira, dukacita, gelisah, takut, cemas, benci, dengki dan marah yang boleh memberi kesan kepada anggota dan alat-alat dalam badan manusia. Oleh kerana masalah yang dihadapi oleh manusia sering melibatkan perkara yang berkaitan dengan emosi dan perasaan, maka pendekatan emosi sewajarnya digunakan.

Jumaat, 2 April 2010

Tuduhan Dan Tohmahan Jahat Orientalis Terhadap al-Quran

Assalamualaikum w.b.t..Skali ini ingin sy berkongsi ilmu tentang tuduhan dan tohmahan orientalis terhadap al-quran. Orientalis merupakan gerakan yg didokong oleh para sarjana barat yang terdiri daripada org2 yahudi dan kristian. Golongan ini juga dikenali sbg gerakan pengkaji barat terhadap hal ehwal ketimuran khususnya di timur tengah. Mreka mengkaji di timur tengah adalah kerana timur tengah merupakan pusat kelahiran dan kemajuan awal umat Islam. Golongan ini mempertikai tentang kebenaran al-Quran dan juga matlamat utama golongan ini adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada akidah dan syariat Islam serta ingin memesongkan akidah atau kepercayaan umat Islam terhadap al-Quran dengan membuat pelbagai tuduhan. Antara tuduhan dan tohmahan orientalis yg dilemparkan terhadap al-quran ialah:

  1. Al-Quran adalah ciptaan manusia, bukan kalam Allah:
  2. Al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad s.a.w dan bukannya wahyu yg diturunkan olh Allah.
  3. Al-Quran telah dipengaruhi oleh situasi geografi, kehidupan beragama dan kebudayaan masyarakat Arab setempat.
  4. Al-Quran adalah bersumberkan golongan Hunafa' (mereka yang mewarisi kepercayaan nabi-nabi terdahulu).
  5. Al-Quran adalah sumber perundangan Rom Timur.
  6. Al-Quran ialah ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui pendengaran dari seseorang:
  7. Al-Quran adalah bersumberkan kitab-kitab Samawi terdahulu seperti Taurat dan Injil berdasarkan persamaan yang wujud pada hukum-hakam dan adab yang berkaitan.

Isnin, 29 Mac 2010

CEBISAN KENANGAN: REHLAH BERSAMA SAHABAT-SAHABATKU DI SINGAPORE

Dari kiri, Najdi, Syahir dan Firdaus semasa di Singapore

Dari Stesyen bas Seremban ke Stesyen bas Larkin. Mengambil masa kira-kira 4 jam utk ke Larkin. Selepas sampai di Larkin, kami menaiki bas Singapore Bas Ekspress untuk ke Singapore. Perjalanan ke sana mengambil msa kira-kira 2 jam.



Akhirnya tibanya kami di Singapore selepas menempuhi pelbagai halangan.



Masjid Sultan, Singapore.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...