Ayat al-Quran

Isnin, 28 September 2009

SEKULARISME DI TURKI


Mustafa Kemal Ataturk


Bendera Turki

1.0 Pengenalan

Daulah Uthmaniah yang diasaskan pada akhir abad ke-13 merupakan salah sebuah empayer agung yang pernah diwujudkan oleh manusia apatah lagi oleh tangan umat Islam sendiri. Daulah Uthmaniah mencapai kegemilangan apabila Sultan Muhamad al-Fatih berjaya menawan kota Constantinople pada tahun 1453 dan kemudian menukar namanya menjadi Istanbul. Kemuncak keagungan pemerintahan adalah pada zaman pemerintahan Sulaiman Agung (1520-1566).

Menerusi Daulah Uthmaniah, telah banyak mencorakkan dunia secara berabad-abad lamanya, serta telah meninggalkan kesan mendalam kepada dunia kerana semangat dan ruh Islam juga turut berkembang maju sejajar dengan perkembangan Daulah Uthmaniah. Saki bakinya sehingga hari ini tidak akan pernah lenyap kerana Daulah Uthmaniah telah menampilkan keagungan dan kebesaran pemerintahan Islam yang indah dan penuh kerahmatan untuk seluruh umat manusia.

Namun akhirnya kerana sikap kecintaan pada agama semakin hari-semakin kurang, ketawadukan, istiqamah, kesucian dan kemuliaan Islam semakin ditinggalkan. Dengan itu, maka berlakulah pembaharuan di mana kaum muda Turki ini inginkan sesuatu kelainan dalam sistem pemerintahan negara. Pada ketika itulah, salah seorang dari kaum muda itu adalah Kemal Ataturk, dan pengikut-pengikutnya bersama-sama meruntuhkan Kekhalifahan Uthmaniah dengan mewujudkan sistem dan nama baru Republik Turki.

Begitulah sebar sedikit menerangkan bagaimana seorang musuh Islam iaitu Kamel Atarturk dan konco-konconya berjaya membenamkan Daulah Uthmaniah yang selama ini gah dipersada dalam kemodenannya, keilmuannya dan kemajuan dalam segenap aspek keperluaan dalam sesebuah negara. Dan di dalam kertas kerja ini akan lebih menerangkan tentang Turki dan pengaruh sekularnya agar dapat kita lihat sendiri bahananya dalam empayar Islam masa kini.


2.0 Definasi Sekularisme

Perkataan Sekularisme berasal daripada perkataan Latin iaitu, saeculum yang membawa erti satu generasi atau zaman ataupun dunia yang bertentangan dengan gereja. Ia tidak mempunyai hubungan dengan ajaran agama atau sebarang perkara mengenainya ataupun lebih tepat lagi boleh ditakrif sebagai fahaman yang membawa kepada penolakan agama di dalam kehidupan.
(Abdul Latif dan Rosmawati 1998: 393)

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.

Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.
Tujuan dan alasan menyokong sekularisme pelbagai. Di Eropah, sekularisme disokong sekarang ia pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap sosial dan falsafah, masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah orang berpendapat sekularisme melindungi agama daripada diganggu kerajaan, dan pada masa yang sama di peringkat sosial sekularisme tidak meluas. Di kebanyakan negara pula, pergerakan politik yang berlainan menyokong sekularisme kerana pelbagai alasan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme)


3.0 Mengenali Turki

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan lapan negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.

Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantin dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh. [2][3]

Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik dan sekular. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Daulah Uthmaniah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949, dan NATO sejak tahun 1952. Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun 1963. Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah ekonomi yang terbesar di dunia.



4.0 Biografi Mustafa Kemal Ataturk

Mustafa Kemal Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Salonika, Macedonia. Gelaran Kemal dalam istilah Arab yang bermaksud sempurna telah diberikan oleh gurunya kerana kemampuannya yang istimewa ketika berada dalam kelas. Gelaran Ataturk atau Bapa Pemodenan Turki pula dianugerahkan oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki pada November 1934 apabila Turki di bawah pelaksanaan dasar sekular mewajibkan setiap individu menggunakan nama keluarga.

Sejak berusia 12 tahun Kemal telah ditanamkan dengan cara hidup tentera ala-Barat dan ini mendorongnya memasuki maktab Tentera di Salonika, tanpa pengetahuan ibunya, Zubeyde Hanim. Didikan disiplin ketenteraan di Akademi Tentera Istanbul mencambah minat Kemal dalam politik sehingga mendorongnya menyertai Turki Muda (CUP). Pada tahun 1920, Kemal telah mempengerusikan Perhimpunan Agung Pertama dan bertindak menggugurkan hak pemerintahan Sultan. Seterusnya beliau telah menamatkan pemerintahan Daulah Uthmaniah dan pengisytiharan pembentukan Republik Turki merdeka.

4.1 Kehidupan Khusus Mustafa Kemal

Tenggelamnya Mustafa Kemal dalam lautan syahwat adalah tanda yang sangat jelas bagi kehidupan. Kehidupan khususnya boleh di simpulkan dalam tiga kata sahaja iaitu: wanita, minuman keras dan kegilaan.

4.1.1 Pada usia empat belas tahun, dia telah melakuan perzinaan dengan anak gadis puteri tetangganya. Kemanapun dia pergi, dan di mana pun dia lepas nescaya akan didapati dia berada di kedai minuman keras dan tempat hiburan yang penuh sesak dengan wanita pelacur. Itulah kehidupan dia selama di Damsyik. Sedangkan di Kota Salonika, maka jarang orang melihatnya kecuali di tempat kasino seperti Olimpus Palace, Yonio, Cristal dan sebagainya.

Di sofia, Bulgaria di mana Mustafa Kemal sebagai atase tentera di sana, saat-saat luangnya sentiasa dihabiskan dengan wanita dan mabuk-mabukan sampai pagi. Di Halb, di Ankara dan di sekolah Pertanian di Ankara, dia menempatkan seorang pelacur yakni Khalidah Adib bersama suaminya di dekat apartmentnya, agar dia dengan mudah dapat berhubung gelap dengan wanita tersebut.

4.1.2 Falsafah hidupnya adalah: Hendaknya para individu dan masyarakat itu jangan membiarkan kesenangan lepas dari tangan mereka.

4.1.3 Disebabkan banyaknya minuman keras yang ia minum, maka pembuluh darah nampak di dua pipinya, khususnya pada bahagian wajah, sehingga mukanya menjadi merah seperti tomat. Setelah dia menjadi presiden, maka jadilah dia seorang pemabuk jelek perangainya dan suka berzinan dengan wanita. Berkata kawan karibnya, Ridha Nur: ̋ Sesungguhnya Mustafa Kemal terkena penyakit Gonorrhea (kencing nanah). Dia memerintahkan supaya tirai-tirai penutup jendela rumahnya di singkirkan sehingga orang dapat melihatnya ketika sedang minum arak.

4.1.4 Dia mempunyai agen khusus untuk mencari gadis muda dan orang suruhan yang siap mendatangkan wanita untuk menjadi santapannya. Di antara mereka termasuk Jawad Abbas dab Menteri Luar Negeri Taufik Rusydi, yang menjadikan rumahnya di Ankara sebagai tempat bersukaria bagi Mustafa Kemal.

Di antara kekasih sulitnya ialah Shalihah, yang dipersembahkan oleh suaminya sendiri untuk melayani Ataturk, Fikriyah dan Afah, seorang profesor wanita menjadi kekasih selama 14 tahun secara terus menerus. Maka di disebut sebagai kekasih tetap Mustafa Kemal. Di antara mereka terdapat wanita cantik dari Bulgaria. Yang dipersembahkan oleh suaminya sendiri, peguam Luffi, untuk mendapatkan konsensi (hak istemewa) dalam suatu usaha dari Mustafa Kemal. Dan termasuk di antara mereka ialah puteri Mufid Bek.

Demikian juga dengan Khalil Basya. Dia telah menjual kehormatan isterinya sendiri kepada Ataturk, demi memperoleh konsesi perusahaan minyak. Ataturk sendiri memberikan padanya 3000 Lira untuk wang saku.

4.1.5 Mustafa Kemal mengambil sejumlah wanita pelacur untuk dijadikan sebagai pelayan tetap di istananya. Dan dia mengaku mereka sebagai anak perempuan angkatnya. Sekarang ini, kaum revolusioner mengikut jejaknya dengan mengumpulkan perempuan pelacur di istana negara. Mereka menyebut wanita tersebut sebagai biarawati-biarawati revolusi.

Kalau kita hendak memenuhkan pembahasan topik ini tentulah hal itu memerlukan waktu cukup lama dan memerlukan banyak lembaran kertas untuk menulisnya.

Arak dan wanita telah menyebabkan banyak penyakit pada diri Mustafa Kemal. Sehingga jadilah tubuhnya kurus dan lemah dari sehari ke sehari.

4.2 Sakit Dan Matinya Mustafa Kemal

Mustafa Kemal di serang penyakit dalam (sirrosis hepatis), disebabkan alkohol yang terkandung dalam arak. Cairan berkumpul di dalam perutnya secara kronik. Ingatannya melemah, darah mulia mengalir dari hidungnya tanpa henti. Di samping itu dia juga di serang penyakit kelamin (GO), sehingga dia selalu menggaru bahagian tubuh antara kedua belah pehanya. Cairan yang berkumpul pada bahagian dalam perutnya (ascites), memaksa para doktor menyuntinya dengan jarum, kerana perutnya membusung dan kedua kakinya bengkak.

Hari demi hari kesihatannya semakin melemah, mukanya mengecil, darahnya berkurang, tubuhnya pucat seputih tulang. Akhirnya dia pun tidak mampu bergerak sendiri. Di saat-saat menjelang kematiannya, Ataturk minta panggilkan duta Inggeris, Lorraine, kerana dia hendak mewariskan kepimpinan negara Turki kepadanya.
Orang Turki pun bercakap mengenai seksaan yang diderita Mustafa Kemal selama sakit yang sangat aneh itu.

Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.
(Surah as-Sajadah: 21)

Maksudnya:
Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi.
(Surah az-Zumar: 26)

Selama sakit, dia berteriak-teriak sehingga teriakannya sampai ke bilik-bilik istana yang menempatkannya, iaitu Istana Dulamah Boghja di Konstantin.

Akhirnya, tubuhnya tinggal tulang berbalut kulit. Beratnya hanya tinggal 48 kilogram saja ketika dia mati. Gigi–giginya tanggal, mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya, dan dia berwasiat supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Kemudian pada hari khamis 10 November 1938, jam sembilan lebih lima minit, pergilah Ataturk dari alam dunia dalam keadaan dilaknat di langit dan di bumi.

Maksudnya:
Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
(Surah ad-Dukhan: 29)

Dia meninggal dunia setelah menghancurkan Turki, menghancurkan Islam, memporakporandakan keluarga, merosakkan akhlak, menginjak-injak kebenaran, merosakkan syiar-syiar agama dan merubah masjid menjadi gudang menyimpan bahan makanan.

Maksudnya:
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan kedustaan terhadap Allah atau yang berkata: Telah diwahyukan kepada saya, padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata: Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah. Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan-tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): Keluarkanlah nyawamu. Di hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. Dan sesungguhnya kamu datang kepada kami sendiri-sendiri sebagaimana kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan dibelakangmu (di dunia) apa yang telah kami kurniakan kepadamu, dan kami tiada melihat bersertamu pemberi syafaat yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Allah di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) di antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap sekutu Allah.
(Surah al-An’am: 93-94)

Berkata Urfan Urka: Ataturk baru merasa puas kalau perjuangannya itu dapat menghancurkan peranan agama. Kerana memang sejak kecilnya dia menyakini tidak perlu Allah. Dia pernah mengatakan: Sesungguhnya kekuatan akal dan kehendak manusia dapat mengalahkan kekuatan Ilahi. Menjelang akhir kekuasaannya, Ataturk mengangkat genggaman tangannya dan mengacungkannya ke langit dengan lagak mencemuh dan mengancam.


5.0 Prinsip Kamelisme

Pada 29 Oktober 1923, Mustafa Kamel mengisytiharkan kelahiran Republik Turki moden setelah berjaya dalam perjuangan mendapatkan tanahair bagi bangsa Turki. Serentak dengan pengisytiharan ini, Kamel secara agresif telah melaksanakan pelbagai bentuk pembaharuan bagi melahirkan generasi bangsa baru Turki yang moden dan mengikut model Barat. Perubahan dilakukan yang melibatkan pembangunan sosial dan politik dalam usaha membentuk identiti kebangsaan yang baru.

Perubahan drastik yang dilakukan oleh Kamel telah mencetuskan kontrovesi, khususnya yang berkaitan perlaksanaan Islam sebagai satu cara hidup dalam masyarakat. Norma hidup masyarakat yang baru dan moden yang cuba dihidupkan oleh kerajaan republik di bawah pimpinan Kamel berusaha memisahkan Islam daripada menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Turki.

Menerusi pemerintahan Kamel, dia telah menerbitkan beberapa prinsip Kamelisme yang menjadi ideologi negara Turki moden iaitu republikanisme, sekularisme, nasionalisme, revolusionisme, populisme dan etalisme. Di antara keenam-enam prinsip tersebut, sekularisme adalah yang paling terpenting apabila disebarluaskan dikalangan masyarakat masyarakat melalui program-program pembaratan dan dijadikan agen dalam proses pemodenan Turki.

Perlaksanaan prinsip-prinsip yang disebut telah menafikan peranan Islam sebagai teras yang telah memainkan peranan dalam membentuk peradaban Turki. Penolakan Kamel terhadap peranan yang dimainkan oleh Islam dalam masyarakat Turki moden dinyatakan dalam beberapa kenyataan dan tindakan semasa membentuk negara Turki moden. Bagi Kamel, bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang dipandu oleh akal, logik dan pemikiran bebas. Dia hanya mengiktiraf tamadun yang didatangkan oleh Barat dan bagi mencapai tahap bangsa yang bertamadun, perlu untuk Turki mengikut Barat. (Abdullah Azzam. 2007: xx)


6.0 Strategi Kamel Melancarkan Pengaruh Sekularisme

Tindakan pertama yang dilakukan oleh Kamel sebaik sahaja mengisytiharkan Turki sebagai sebuah republik ialah dengan secara rasminya menghapuskan sistem khalifah yang menjadi kesatuan politik seluruh umat Islam di Turki. Tindakan ini berlawanan sama sekali dengan janjinya sebelum ini ketika mengembleng seluruh tenaga rakyat bagi menghalau tentera penceroboh dari bumi Turki. Pada tahun 1922, Kamel pernah member jaminan bahawa kedaulatan Khalifah tetap akan terus dipelihara sebagai lambing kepimpinan rohani umat Islam. Alasan yang diberikan kepada umum adalah kerana pada pendapatnya pemerintahan Islam ini telah mengkhianati Negara apabila bersekongkol dengan kuasa asing yang mencerobohi Turki.

Kamel kemudiannya mengambil tindakan yang lebih radikal apabila dia memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan dengan badan badan Kehakiman Sivil yang disesuaikan daripada Sistem Perundangan Sivil Swiss, Undang-undang Jenayah Itali dan Undang-undang Jerman. Perlaksanaan undang-undang sivil ini jelas bertentangan dengan undang-undang Syariah apabila urusan yang berkaitan dengan umat Islam disempitkan ruang lingkupnya menjadi urusan bersifat peribadi.

Undang-undang Sivil Turki yang diperkenalkan oleh Kamel turut memperuntukkan hak yang sama kepada lelaki dan wanita dalam sistem pembahagian harta. Amalan poligami diharamkan dan kaum wanita diberikan hak dalam urusan penceraian. Perkahwinan pula didaftarkan mengikut undang-undang dan amalan tradisi mengikut ajaran Islam, iaitu amalan akad nikah hanya dijadikan sebagai pilihan.

Dalam usaha melahirkan generasi baru yang sekular, undang-undang pendidikan Negara juga turut diselaraskan. Bermula pada 3 Mac 1924, sistem pendidikan secular telah dijadikan dasar utama disemuaperingkat pengajian. Serentak dengan itu, pada tahun berikutnya semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tareqat dan amalan sufi dimansuhkan.


7.0 Proses Penturkian

Proses sekularisme ini kemudiannya disusuli dengan program penturkian yang dilakukan secara agresif. Proses ini dilakukan dengan menukarkan budaya Islam yang terdapat dalam masyarakat Turki kepada budaya yang berteraskan kebangsaan Turki. Pada 6 februari 1933,arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab seperti yang disyariatkan. Usaha menterjemahal-Quran dalam bahasa Turki juga dilakukan dengan diketuai oleh Mehmet Akif. Walaubagaimanapun, percubaan ini Berjaya disekat oleh Syeikh Muhamad Rasyid Redha yang bimbang usaha ini akan mengelirukan umat Islam dan berlaku pemesongan akidah.

Perubahan yang dilakukan oleh Kamel bukan sahaja melibatkan amalan semasa, dan malahan turut merangkumi menghapuskan warisan silam yang berkaitan dengan Islam. Masjid Aya Sophia yang sejak penaklukan Sultan Mehmed II ke atas Istanbul pada tahin 1453 menjadi lambang kejayaan Islam menawan kota tersebut telah diubah dan seterusnya menjadi sebuah muzim. Sebagai lambang bahawa masyarakat Turki sudah mencapai kemajuan seperti orang Barat,minuman arak dibenarkan di kalangan masyarakat Islam dan perbuatan serta penjualannya dimonopoli oleh kerajaan.

Kemuncak perlaksanaan program sekularisme oleh Kamel ialah apabila Perlembagan Turki 1924 memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan “Agama bagi Negara Turki adalah agama Islam” . Artikel ini telah dipinda dengan artikel lain dalam Perlembagaan 1937 yang menjelaskan bahawa Turki adalah secara rasmi adalah Negara sekular. Perlaksanaan perlembagaan ini secara rasminya telah memisahkan Turki daripada sejarah silamnya yang menjadikan Islam sebagai terasnya. Dengan perlaksanaan ini maka jelaslah bahawa tidak ada penglibatan Islam dalam pentadbiran, dan kerajaan telah menetapkan bahawa mereka-mereka yang cuba untuk mengembalikan Turki ke zaman Islam dianggap melakukan jenayah dan akan dikenakan hukuman berat.



8.0 Penentangan Terhadap Dasar Sekular Kemal


Sememangnya dasar sekularisme yang dibawa oleh Kamel amat tidak disenangi oleh sebahagian besar umat Islam dan golongan liberal di Turki. Walaupun Kamel melaung-laungkan pendewaannya terhadap barat, namun beliau tidak menunjukkan toleransi nya terhadap nilai-nilai liberal yang diamalkan oleh barat. Pemerintahan autokratik Kamel ditentang oleh kumpulan tareqat yang menerima penindasan yang paling teruk.

Selepas kematian Kamel, tanggungjawabnya dialih pula kepada seorang pengikutnya yang setia iaitu Ismet Inonu. Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, tuntutan ke arah liberelisme semakin kuat bersesuaian dengan perkembangan yang pesat di Eropah. Disebabkan desakan yang kuat dan bagi membolehkan hubungan yang rapat dengan barat, di bawah pemerintahan Inonu memberi sedikit kelonggaran kepada rakyat Turki dan ini memberi ruang kepada perlaksanaan sistem demokrasi pelbagai parti.

Masyarakat Turki yang inginkan pembaharuan ke arah masyarakat yang lebih liberal dan kebebasan individu boleh dikategorikan kepada dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang tergolong kepada pengikut kumpulan sufi dan tareqat yang mahu diamalkan amalan mereka secara bebas dan mengembalikan kehidupan beragama dalam masyarakat. Kumpulan ini didokong oleh Badiuzzaman Said Nursi (1876/7-1960) yang memimpin sebuah gerakan islah yang dikenali sebagai Nurcu.

Manakala golongan kedua ialah yang inginkan pembaharuan ke arah masyarakat Turki yang lebih liberak berjuang melalui landasan politik. Kumpulan ini diterajui oleh Celal Bayar dan Adnan Menderes yang menubuhkan Parti Demokrat dan seterusnya berjaya mengambil alih kuasa dari Parti Republik Rakyat (CHP) pada tahun 1950. Kenaikan parti Demokrat telah memberikan kesan kepada perlaksanaan Islam dalam kehidupan harian Turki contohnya mata pelajaran agama dibenarkan malah dijadikan mata pelajaran wajib, pembinaan madrasah dan masjid, penyiaran bacaan al-Quran ke udara dan lain-lain.

PEMBAHARUAN SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR B. AL-KHATTAB

1. PENDAHULUAN

Umar b. al-Khattab merupakan khalifah kedua umat Islam yang memerintah antara tahun 13H-23H iaitu selepas kewafatan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq. Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan penerus kepada usaha-usaha yang telah dirintis oleh Khalifah Abu Bakr al-Siddiq. Umar b. al-Khattab adalah seorang kaum Quraiysh yang memusuhi agama Islam. Namun, setelah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t, beliau muncul sebagai seorang yang paling gigih menegakkan ajaran Islam dan menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya.

2. BIOGRAFI UMAR B. AL-KHATTAB

2.1 Asal-usul Umar b. al-Khattab

Beliau ialah Umar b. al-Khattab b. Nbaufayl b. Abd al-Uzza b. Qurt b. Riyah b. Abd Allah b. Razah b. Adiyy b. Ka’ab b. Lu’ay b. Ghalib b. Fihr b. Malik b. Nadhir b. Kinanah (Ibn Qutaybah 1934: 77). Beliau juga dikenali dengan gelaran Abu Hafs. Rasulullah s.a.w kemudian telah menamakannya dengan gelaran al-Faruq. Ibunya bernama Hantamah bt. Hisham b. al-Mughirah b. Abd Allah b. Umar dari puak Makhzim yang berpengaruh di Mekah ( Ibn al- Athir 1965, 3: 53). Ibn Hajar (t.th 2: 518) meriwayatkan daripada Abu Na’im daripada Tariq b. Ishaq bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab telah dilahirkan empat tahun selepas berlaku perang Fijar iaitu sebelum perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi utusan Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, menurut beliau ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab dilahirkan tiga belas tahun selepas Tahun Gajah. Umar b. al-Khattab berasal dari suku Quraiysh Makkah iaitu puak ‘Adiyy b. Ka’ab. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah s.a.w di sebelah datuknya iaitu Ka’ab b. Lu’ay. Manakala dari sebelah ibunya pula, hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah s.a.w bertemu di sebelah datuknya yang keenam iaitu Murrah b. Ka’ab ( al-Wakil 1995: 75).

Khalifah Umar b. al-Khattab membesar di kalangan masyarakat yang berada. Semasa kecil, beliau memelihara ternakan orang tuanya dan setelah itu beliau menjalankan aktiviti perniagaan dengan membawa barang dagangan berulang-alik ke Sham. Keislamannya membawa pengaruh tersendiri dalam perkembangan agama Islam. Antara lain kerana beliau merupakan seorang yang tegas dalam membela syiar-syiar agama Islam sehingga tidak seorang pun dari kalangan Quraisyh yang berani menentangnya (Ishak 2000: 8).

2.2 Sifat-Sifat Peribadi

Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah S.W.T. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah menyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang memerlukan.

2.2.1 Berfikiran terbuka

Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa.

2.2.2 Berani

Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah s.a.w sikap beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengisyitiharkan dirinya telah memeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah s.a.w. supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasulullah s.a.w. daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya itulah, maka beliau diberi gelaran “al-Faruq”.

2.2.3 Adil


Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut. Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda.

2.3 Umar b. al-Khattab Sebelum Islam

Umar al-Kattab lahir daripada kalangan keluarga yang tidak beragama Islam. Sebelum pengislamannya, Khalifah Umar b. al-Kattab merupakan jurucakap bagi menyelesaikan sebarang perbalahan diantara khabilahnya dan khabilah lain. Beliau juga merupakan ahli perniagaaan (Kahhalah t.th.: 10). Kehidupan beliau sebelum Islam sama seperti pemuda-pemuda Quraysh yang lain yang sukakn hiburan dan keseronokan di samping berwatak bengis dan tegas dalam menyatakan pendirian (Syalabi 1974: 12). Beliau juga memiliki keistimewaan dan keunggulan dalam bidang kesasteraan khususnya syair. Disamping itu, beliau juga merupakan seorang yang mahir tentang ilmu Nasab. Manakala kebolehan membaca dan menulis yang beliau miliki juga merupakan suatu perkara yang jarang-jarang dimiliki oleh masyarakat Quraysh pada masa itu ( Nu’man 1975: 37). Dari sgi fizikalnya Umar b. al-Khattab merupakan seorang yang tinggi lampai, luas dahinya, tubuhnya berbulu seperti kebanyakkan orang Arab, kedua bahunya berbidang lebar dan kedua lengannya pulah kukuh seperti orang yang bekerja keras. Beliau mempunyai kulit putuh kemarah-merahan, serta berjanggut kekuning-kuningan (Ibn al-Athir 1965, 3: 53).

Umar b. al-Khattab sebelum apabila beliau berjalan beliau berjalan dengan pantas sehingga orang yang mengikutinya sering ketinggalan. Apabila beliau marah, beliau bagaikan seekor singa yang lapar. Ramai di antara orang Arab yang takut kepadanya. Sewaktu Rasulullah s.a.w. menyampaikan seruan Islam, Umar b. al-Khattab adalah di antara orang turut menyiksa pengikut Islam. Beliau telah melakukan beberapa penyeksaan kepada orang-orang tua, hamba sahaya dan kaum-kaum yang lemah. Pengikut-pengikut Islam dipaksa untuk mengikut agama nenek moyang mereka. Beliau merupakan orang yang kuat beribadat, kebiasaannya apabila mengembala kambing beliau akan membawa patung kecil berupa tuhan untuk disembah. Kadang-kadang beliau akan menyuruh orang membuat patung dari kuih atau manisan untuk disembah. Setelah itu patung-patung tersebut akan dimakan sebagao bekal atau makanan sehariannya (Fakrudin 1998: 78).

2.4 Umar b. al-Khattab Selepas Islam

Pengislaman Khalifah Umar b. al-Khattab, seperti yang telah diriwayatkan oleh Ishaq b. Yusuf al-Azraq daripada al-Qasim b. Uthman al-Basri daripada Anas b. Malik bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab telah keluar membawa pedang yang terhunus untuk membunuh Rasulullah s.a.w yang dikatakan membawa ajaran sesat. Sewaktu itulah, tiba-tiba seorang lelaki daripada Bani Zuhrah menceritakan tentang pengislaman adik perempuan beliau iaitu Fatimah dan adik iparnya Said b. Zayd. Apabila mendengar berita tersebut, beliau terus menuju ke rumah adik dan iparnya untuk mendapatkan kepastian (Ibn al-Athir 1965: 84).

Ketika kedatangannya, Umar b. al-Khattab telah terdengar bacaan al-Quran yang sedang dibaca oleh Fatimah. Kemudian, beliau terus meminta kepastian tentang berita yang baru didengari tadi. Beliau memaksa mereka berdua meninggalkan agama yang dianggapnya sesat. Bagaimanapun, adik iparnya bertanya pula adakah agama yang dianuti oleh beliau adalah agama yang benar. Sebaik sahaja mendengar soalan tersebut, Umar b. al-Khattab terus menampar serta memukul adik iparnya sehingga berdarah. Manakala adiknya turut dipukuli kerana cuba menyelamatkan suaminya. Namun, walaupun dipukul dengan teruk, mereka berdua tetap tidak mahu berganjak daripada agama yang baru dianuti. Melihat keadaan tersebut, timbul perasaan kagum di hati Khalifah Umar b. al-Khattab dengan keteguhan Fatimah (Ibn al-Athir 1965: 85).

Hati beliau turut tersentuh dan berasa menyesal atas perbuatannya. Beliau seterusnya meminta izin untuk melihat ayat yang telah dibaca oleh Fatimah tadi. Beliau kemudiannya membaca ayat daripada surah Taha, daripada ayat pertama hinggalah kepada ayat-ayat yang ke 14 dan berasa tertarik dengan ayat tersebut, lalu Umar b. al-Khattab menyuruh adiknya membawa beliau berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Kebetulan, Sayyidia Hamzah dan juga Talhah b. Ubayd Allah sedang berada di situ. Sebaik sahaja melihat Umar b. al-Khattab, Sayyidina Hamzah b. Abdul Mutalib berkata seandainya Allah S.W.T. mengkehendaki kebaikan dengan kedatangan beliau, maka mereka akan menyambut dengan tangan tebuka, tetapi sekiranya Umar b. al-Khattab mempunyai niat sebaliknya beliau sendiri akan membunuh Umar b. al-Khattab. Walau bagaimanapun, tujuan beliau adalah untuk menyatakan keislamannya (Ibn Athir 1965: 86).

Setelah Umar b. al-Khattab menganut Islam, keadaan tersebut berubah. Dia tidak ingin melihat kaum muslimin dipukul kecuali dia sendiri merasakannya. Justeru, beliau menemui Abu Jahl untuk memberitahu bahawa dia dengan sedar telah menganut agama Islam supaya kafir Quraysh mahu menentangnya. Tiada apa-apa tindakan diambil terhadapnya. Malah pengislaman Umar b. al-Khattab juga dikatakan mendorong orang Islam yang berhijrah ke Habshah sebelum ini pulang ke Makkah kerana mendengar khabar bahawa orang Quraysh telah menghentikan penindasan mereka ke atas orang Islam setelah Umar b. al-Khattab menganut Islam (Ibn Sa’d 1957, 3: 267-270).

Hubungan Umar b. al-Khattab dengan Rasulullah s.a.w. bertambah rapat bila anaknya Hafsah dikahwinkan dengan Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. ditimpa sakit, beliau merupakan orang yang sangat khuatir akan kesihatan Rasulullah s.a.w. Hatinya sentiasa gelisah. Ini menyebabkan apabila beliau mendengar berita kewafatan Rasulullah s.a.w., beliau hampir menjadi gila. Kemudian datang Abu Bakr untuk menenangkan keadaan Umar b. al-Khattab dan umat Islam seluruhnya. Sewaktu pemilihan khalifah dilakukan, Umar b. al-Khattab telah mencalonkan Abu Bakr al-Siddiq untuk memegang jawatan khalifah. Hal ini mendapat persetujuan orang ramai (Fakhrudin 1999: 81).


2.5 Kewafatan Umar b. al-Khattab


Pada pagi Rabu 26 Zulhijjah Khalifah Umar b. al-Khattab telah keluar untuk menunaikan solat subuh. Sebaik sahaja beliau meluruskan saf jemaahnya dan ketika hendak takbir, tiba-tiba menunjuk Abu Lu’lu’ah yang terus menikam Khalifah Umar b. al-Khattab. Peristiwa itu berlaku sekelip mata, beliau ditikam dengan pisau yang beracun sebanyak enam kali dan tikaman tersebut menyebabkan isi perut Khalifah Umar al-Khattab terburai. Faktor sejarah menunjukkan bahawa kewafatan Umar al-Khattab adalah akibat tikaman Fayruz yang juga dikenali sebagai Abu Lu’lu’ah iaitu khadam kepada al-Mughirah b. Shu’bah. Menurut Muhammad b. Umar al-Waqidi bahawa Umar b.al-Khattab telah dibunuh pada hari Rabu bersamaan 26 Zulhijjah tahun 23 H / 644 M dan beliau dikebumikan pada pagi Ahad bersamaan 1 Muharram tahun 24 H / 644 M setelah memerintah selama 10 tahun 5 bulan 21 malam ( Ibn Sa’ad 1597, 3: 347: 365). Terdapat perselisihan pendapat mengenai umur beliau ketika wafat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ketika itu beliau berusia 55 tahun, 60 tahun, 61 tahun dan 63 tahun. Walau bagaimanapun, menurut Ibn al-Athir pendapat yang terakhir adalah lebih tepat dan sahih. (Ibn al-Athir 1965, 3: 53).



2.6 Perlantikan Umar b. al-Khattab Sebagai Khalifah

Abu bakar sebagai khalifah Islam yang pertama sentiasa memikirkan langkah-langkah yang perlu dilakukan demi kepentingan dan kebaikan umat Islam di zaman pemerintahannya. Beliau sentiasa merasa bimbang seandainya berlaku perpecahan di kalangan umat Islam seperti peristiwa yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu dalam menentukan siapakah yang layak untuk menyambung tugas Rasulullah s.a.w bagi memimpin umat Islam. Beliau tidak mahu berlaku pertelingkahan dalam memenuhi jawatan khalifah berulang kembali. Atas sebab inilah Abu Bakar sentiasa memikirkan tentang individu yang layak menggantikannya sebagai khalifah setelah beliau wafat kelak.

Semasa Khalifah Abu Bakar sedang sakit, beliau telah ditanya tentang bakal penggantinya. Beliau kemudian memanggil Sayyidina Uthman b. Affan yang merupakan Setiausaha Negara untuk menuliskan wasiat tersebut, beliau telah meminta pandangan sahabat lain tentang cadangan beliau terhadap Umar sebagai pengganti. Abd al-Rahman b. Awf bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi beliau berasa ragu-ragu dengan peribadi Khalifah Umar b. al-Khattab yang menurutnya terlalu bengis. Khalifah Abu Bakar menyatakan pendapatnya bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab tampak bengis tetapi beliau sebenarnya adalah seorang yang baik hati. Sayyidina Uthman b. Affan memberikan pendapatnya bahawa tidak ada di kalangan sahabat yang berperibadi seumpama beliau. Beliau berani serta tegas dalam menyatakan perkara yang hak. Ternyata sahabat yang lain bersetuju dengan cadangan tersebut. Setelah itu, Talhah b. Ubayd Allah mencadangkan agar cadangan tersebut diutarakan kepada orang ramai. Setelah mendapat persetujuan sebulat suara dari umat Islam untuk melantik Umar b. al-khattab sebagai pengganti Khalifah Abu Bakar, maka pengumuman telah dibuat oleh Khalifah Abu Bakar dalam khutbahnya yang bermaksud:

Apakah kamu rela (setuju) dengan siapa yang akan aku lantik sebagai khalifah ke atas kamu nanti wahai Muslimin? Sesungguhnya demi Allah setelah aku sempat menjadi pemimpin dan aku tidak melantik yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku. Sesungguhnya aku melantik Umar b. al-Khattab, dengarlah dan taatlah (Ibn al-Athir 1965, 2 : 425-426).

Semua yang hadir berkata “kami dengar dan kami patuh”. Pada petang hari Isnin tanggal 21 Jamadil Akhir tahun 13H/22 Ogos tahun 634M, Khalifah Abu Bakar telah meninggal dunia. Maka pada subuh hari selasa keesokkannya, Umar b. al-Khattab dengan rasminya dibai’ahkan menjadi khalifah Islam yang kedua. Selepas perlantikannya, Khalifah Umar b. al-Khattab telah naik ke mimmbar masjid untuk berkhutbah dengan memuji Allah S.W.T. dan RasulNya serta menyebut-nyebut tentang kelebihan Abu Bakar dan berkata:

Wahai manusia, tidaklah aku ini melainkan salah seorang lelaki daripada kamu. Kalau tidak dengan arahan Khalifah Rasullullah tidak aku terima jawatan ini.

Umar b. al-Khattab kemudiannya telah menghalakan pandangannya ke langit dan berdoa dengan katanya:

Ya Allah, aku ini keras maka lembutkanlah aku. Ya Allah, aku ini lemah maka kuatkanlah aku. Ya Allah, aku ini bakhil maka pemurahkanlah aku.

Kemudian Khalifah Umar b. al-Khattab berkata lagi:

Sesungguhnya Allah telah menguji kamu dengan perlantikanku. Dan mengujiku dengan kamu selepas sahabatku Abu Bakar. Maka demi Allah dia tidak mendatangkan sesuatu perkara mengenai urusan kamu tanpa aku. Maka dia lebih cenderung kepada golongan kebenaran dan amanah. Sekiranya mereka berbuat baik maka dia akan lebih baik kepada mereka, seandainya mereka berbuat jahat, maka dia akan menakutkan (Ibn Sa’d 1957, 3:274).

Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dibentangkan di atas, jelas bahawa perlantikan Umar b. al-Khattab sebagai khalifah Islam yang kedua bukanlah berdasarkan pemilihan yang dibuat secara individu semata-mata. Malah ia adalah hasil persetujuan dan persepakatanseluruh Muslimin pada masa itu. Sekali pun pada awalnya Khalifah Abu Bakar secara peribadi memilih Umar b. al-Khattab sebagai penggantinya, namun seandainya tidak mendapat persetujuan semua kaum Muslimin maka sudah tentu perlantikan tersebut tidak akan diterima.


3. PEMBAHARUAN SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR B. AL
KHATTAB

3.1 Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

3.1.1 Menetapkan awal tahun hijrah dan mempelbagai aktiviti pembangunan sosial.


Khalifah Umar b. al Khattab merupakan orang yang pertama mengadakan takwim Islam berdasarkan tahun hijrah iaitu bermula pada tahun 1 Muharram ( menyamai 16 Julai 622 Masihi). Penubuhan takwim Islam ini dibuat pada tahun 17 hijrah, tujuannya adalah bagi memudahkan urusan pentadbiran negara. Beliau telah membuat penetapan mengenai awal tahun hijriyyah yang sebelum ini tidak pernah difikirkan oleh kaum muslimin. Surat menyurat yang diterima oleh Umar b. al-Khattab daripada panglimanya lengkap dengan tanggal hari, bulan tetapi tanpa tahunnya. Umar al-Kattab meminta pendapat para sahabat nabi tentang awal tahun hijriyyah. Para sahabat berpendapat tahun hijriyyah itu diawali dengan hijrahnya Rasulullah s.a.w. dari kota Mekah ke kota Madinah. Dengan ini Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama menetapkan calendar tahun hijrah
(Nasution 1985: 177).

Dalam usaha meningkatkan kehidupan rakyat pula, khalifah Umar b. Al-Khattab telah mengadakan pelbagai kemudahan awam. Beliau telah membina jalanraya, taliair, empangan seperti empangan Abi Musa dan empangan Amirul Mukminin, jambatan dan rumah-rumah persinggahan untuk pelawat. Beliau juga telah mengadakan perkhidmatan pos dan mengadakan matawang sendiri yang diperbuat daripada logam. Khalifah Umar b. al-Khatab turut membina bandar-bandar tentera (masalih) seperti bandar kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat. Bandar-bandar ini dijadikan pusat-pusat penempatan atau kem tentera didirikan bertujuan untuk mengawal sempadan wilayah-wilayah yang ditakluki dari bandar-bandar tersebut. Di tengah bandar-bandar tersebut didirikan pula masjid-masjid sebagai tempat beribadat dan pusat penyatuan masyarakat Islam. Dengan ini, segala usaha pembangunan sosial yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al Khattab adalah untuk kepentingan dan keselesaan rakyat jelata yang sebelum ini belum pernah menikmati kemudahan-kemudahan seperti yang pernah disumbangkan oleh beliau (Husayn 1961 :252-253).


3.1.2 Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi


Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.


3.1.3 Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.


3.1.4 Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran


Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

3.2 Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

3.2.1 Mengemaskini kadar pemberian al-Ata’


Pada zaman Abu Bakr al-Siddiq, semua orang yang memperoleh elaun daripada kerajaan iaitu al-‘Ata mendapat kadar yang sama. Abu Bakr pernah diberikan cadangan supaya mempelbagaikan jumlah pemberiannya tapi ditolaknya. Kata beliau: “ Mereka berlebih kurang di sisi Allah. Akan tetapi, dalam soal elaun ini elok jika mereka mendapat kadar yang sama”. Dasar ini telah dilanjutkan sehingga akhir zaman pemerintahannya. Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab, apabila penaklukan Islam menghasilkan harta yang banyak, beliau mengubah kaedah pembahagian elaun dan tidak lagi menurut dasar yang telah dilakukan sebelumnya. Kata beliau: Patut ada perbezaan antara orang yang pernah memerangi Rasulullah s.a.w. dan orang yang pernah berperang dengan baginda”. Orang ramai mesti dikelaskan dalam penerimaan elaun berdasarkan kedudukan mereka berhubung Rasulullah s.a.w. Apa yang dijelaskan, Abu Bakr melihat setiap muslim seperti adik beradik. Mereka perlu mendapat bahagian yang sama daripada pusaka peninggalan bapa yang mereka warisi (al-Nabrawi 1991:96).

Dalam hal ini, perbezaan kedudukan dan komitmen terhadap agama tidak diambil kira. Sementara Umar pula melihat perbezaan itu perlu diambil kira. Beliau menekankan soal senioriti sebagai asas perbezaan. Malah, apa yang dikehendaki oleh Umar ialah persamaan dalam erti kata yang sebenar. Ini kerana, tidak semestinya persamaan tersebut memberi maksud bahawa semua orang perlu mendapat kadar yang sama. Sebaliknya, setiap orang perlu mendapat kadar yang sesuai dengan sumbangannya sendiri. Umar sendiri pernah menegaskan apabila perubahan itu dilakukan oleh beliau katanya: ”Demi Allah, Ibn al-Khattab tidak bermaksud dengan perubahan ini kecuali keadilan dan kesamarataan” (al-Nabrawi 1991:96).

3.2.2 Tidak membahagikan harta rampasan perang ( ghanimah) kepada tentera

Pada zaman pemerintahan Umar b. al-Khattab, wilayah kekuasaan Islam sangat luas meliputi daerah Sham, Persia, Mesir, dan Iraq. Sewaktu negeri-negeri ini ditakluki, tanah pertanian termasuk tanah pertanian di Iraq dapat dikuasai oleh tentera Islam dan menjadi harta rampasan perang. Ketika itulah Umar b. al-Khattab mengirim surat kepada tentera Islam di Iraq mengatakan bahawa beliau tidak akan membahagikan harta rampasan perang khususnya yang tidak bergerak seperti tanah pertanian atau sawah kepada anggota tentera Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum ini. Umar b. al-Khattab pada dasarnya ingin agar tanah pertanian yang dapat dirampas itu tetap dikerjakan oleh pemilik sebelumnya, kerana mereka dianggap menguasai hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pengolahan tanah pertanian. Manakala harta rampasan yang bergerak pula , Umar b. al-Khattab melaksanakan hukum seperti amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.aw. sebelum ini iaitu dengan mengambil seperlima daripada harta itu dan membahagikan empat perlima yang lainnya kepada anggota tentera yang terlibat dalam peperangan (Ishak 2000:41).

Kebijaksanaan Umar b. al-Khattab yang tidak mengagihkan harta ghanimah berupa tanah pertanian kepada anggota tentera kaum Muslimin, nampaknya dilatarbelakangi oleh pertimbangan tertentu. Umar b. al-Khattab bermaksud mendahulukan kepentingan umum yang menyeluruh berbanding kepentingan peribadi, suku, atau golongan. Sehubungan dengan ini diterangkan seperti berikut: Keputusan ini didasarkan kepada: Pertama, akan menghalangi perjuangan mereka, kedua, akan memerosotkan kuantiti produk pertanian kerana mereka kurang berpengalaman dalam bidang pertanian, dan ketiga, menyebabkan timbul kasta baru dalam masyarakat, iaitu golongan tuan rumah yang menjalankan praktis monopoli serta akan menjadikan golongan lain menjadi penganggur dan hidup tersisa, dan menghalangi generasi muda, sebagai generasi penerus untuk mendapatkan hak dan mata pencarian mereka (Khalid 1985: 211).

Dilihat dari keterangan ini, kebijaksanaan Khalifah Umar b. al-Khattab untuk tidak mengagihkan tanah pertanian rampasan perang nampaknya mempunyai alasan yang rasional iaitu demi kepentingan masa depan umat Islam yang lebih baik dan lebih banyak. Jika Rasulullah s.a.w. membahagikan kepada orang-orang Muslim harta rampasan perang yang terdiri daripada tanah pertanian pada masa itu sesuai dengan situasi yang ada, khususnya untuk memperbaiki nasib orang-orang miskin Muhajirin dari Mekah yang diusir dari tempat kediaman dan harta kekayaan mereka. Dan jika Umar b. al-Khattab tidak membahagi-bahagikannya, maka itu adalah kerana pertimbangan ekonomi kaum Muslimin di masa akan datang yang juga merupakan kemaslahatan. Selain itu, keadaan tentera di masa Khalifah Umar al-Khattab memerintah baik kedudukannya dibanding dengan tentera pada masa Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakr al-Siddiq. Ini kerana tentera pada masa Umar b. al-khattab telah mendapat gaji tetap tidak seperti pada masa Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr al-Siddiq (Ishak 2000: 55).


3.3 Pembaharuan Dalam Bidang Politik dan Pentadbiran

3.3.1 Membentuk Majlis Syura


Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam. Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.


3.3.2 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah


Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

3.3.3 Memperluaskan skop pengawasan dan pentadbiran

Khalifah Umar b. al-Khattab memperluas skop pengawasan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya. Ini bermakna, pegawai-pegawai zaman Umar b. al-Khattab sentiasa berada di bawah pemerhatian atau pengawasan semua pihak. Khalifah Umar b. al-Khattab memperaktikkan beberapa kaedah bagi menjayakan sistem pengawasan pentadbirannya, antaranya:

i) Memastikan semua gabenor wilayah dan pegawai kanan kerajaan berada di Mekah pada musim haji. Di samping itu, mereka juga diberikan peringatan tentang bahaya rasuah, hadiah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Rakyat seluruh negara dimaklumkan terlebih dahulu tentang pehimpunan tersebut. Individu yang bermasalah atau pernah dizalimi oleh pegawai-pegawai berkenaan. Dengan ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam setiap tindakan dan perlakuan.

ii) Pegawai-pegawai yang bertugas di luar kawasan ibu negara Madinah tidak dibenarkan masuk ke ibu negara pada waktu malam kerana penyelewangan boleh berlaku pada waktu malam.

iii) Pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan untuk membentangkan penyata harta milik mereka ketika mula bertugas, sedang bertugas dan ketika tamat perkhidmatan. Sumber-sumber harta yang bertambah tanpa bukti yang sah akan dirampas.
iv) Khalifah dan pembantu-pembantu menyusun pogram rondaan malam dan siang bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang kehidupan rakyat jelata. Mereka juga berusaha menangani dan menyelesaikannya dengan baik.

v) Bagi wilayah Islam yang berada jauh dari pusat pentadbiran, khalifah menugaskan ramai perisik untuk mendapatkan maklumat tertentu dan melaporkannya kepada ibu negara. Ini sebenarnya merupakan lanjutan polisi yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakr iaitu memberikan kebebasan bertindak kepada gabenor wilayah dalam urusan yang khusus dan membataskan tindakan kepada urusan yang umum (Mun’im 1974: 148; al-Adawi 1972: 205).

3.3.4 Memperbaharui bidang kehakiman

Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq, beliau akan mencari ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan panduan umum. Jika tiada beliau akan mendapatkan hadith atau al-sunnah dengan menanyakan kepada para sahabat terutama yang boleh dipercayai untuk dijadikan landasan hukum. Ini menunjukkan bahawa walaupun Khalifah Abu Bakr merupakan sahabat yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w. dan seorang khalifah, ternyata beliau tidak berani melakukan ijtihad sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al-Khattab. Antara ijtihad yang telah dilakukan oleh Umar b. al-Khattab ialah beliau telah menambah jumlah sebatan ke atas peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 sebatan. Pada masa Khalifah Umar b. al-Khattab beliau telah mengadakan penyerahan tugas kehakiman daripada khalifah kepada qadi (al-Aqqad 1965: 114-115; Arnus t.th: 11).

Dalam bidang pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang terbaik serta mampu memberi keadilan kepada semua pihak. Pada masa pemerintahan beliau,banyak wilayah-wilayah baru dibuka dan empayar Islam meluas sehingga ke wilayah Rom dan Parsi. Orang-orang Arab telah bercampur dengan masyarakat bukan Arab dan timbul berbagai masalah baru yang perlu diselesaikan. Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama membuat pembaharuan dalam urusan kehakiman ; beliau melantik qadi sebagai ketua hakim di setiap daerah. Mereka berkuasa penuh terhadap melaksanakan tugas-tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pemimpin daerah. Dengan kata lain, qadi menjatuh hukuman tanpa memandang status, tidak kira samada seseorang itu berpangkat tinggi atau rendah, kaya atau miskin, bangsawan atau tidak. Umar tidak memberikan jawatan qadi kepada sebarang orang kecuali kepada mereka yang mampu dan cekap dalam bidang kehakiman. Syarat utama yang dijadikan pertimbangan ialah integriti peribadi seperti takwa, warak, adil, di samping kemampuan dan keluasan ilmu pengetahuan dan keterampilan dalam bidang kehakiman (al-Aqqad 1965 : 114-115 ; Hasan 1964 :54-55).


3.3.5 Mengambil bekas golongan Riddah sebagai tentera Islam.


Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, sebahagian dari wilayah Iraq, khususnya di bahagian selatan telah dikuasai oleh tentera Islam dan panglimanya pada waktu itu ialah Khalid b. al-Walid. Pada zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq juga, bilangan tentera Islam yang terlibat dalam peperangan pembukaan wilayah tidaklah begitu ramai dan terhad pula kepada golongan yang tidak pernak murtad. Dengan terlantiknya Umar b. al-Khattab sebagai khalifah , beliau telah melantik panglimanya yang baru iaitu Abu ‘Ubayd b. Umar al-Thaqafi untuk meneruskan ekspidisi di Iraq. Peperangan pertama berlaku di Qarqas (al-Jisr) yang dikenali sebagai perang jambatan. Peperangan ini berlaku di sekitar jambatan yang merintangi sungai al-Furat. Sebelum peperangan, berlaku cabar-mencabar antara tentera Islam dn Parsi tentang siapa yang berani menyeberangi terlebih dahulu. Oleh sebab tersalah perhitungan, Abu ‘Ubayd telah memerintahkan tenteranya menyeberangi jambatan tersebut. Justeru itu, tenteranya telah mengalami kekalahan dan Abu ‘Ubayd serta tujuh orang pahlawan daripada suku Thaqif termasuk saudara dan anak Abu ‘Ubayd terkoban. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 13H/634M. Dengan kekalahan ini, bilangan tentera Islam mula berkurangan dan ada di kalangan mereka yang mula hilang pedoman. Atas sebab itu, Khalifah Umar b. al-Khattab telah membuat perubahan dasar dengan mengambil bekas golongan al-Riddah sebagai tentera baru Islam bagi menyertai peperangan. Ini adalah memandangkan bekas golongan al-Riddah mempunyai bilangan yang ramai dan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan tentera Islam yang bilangannya agak terhad untuk menghadapi pihak musuh. Maka dengan ini, tiada lagi tindakan yang dikategorikan sebagai al-Riddah, diyakini bahawa golongan ini betul-betul menyesal dan mematuhi Ulil al-Amr ( al-Tabari 1879-1901 : 2202-2205).



4. KESIMPULAN


Kesimpulannya, Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan khalifah yang sangat mementingkan kemaslahatan rakyat jelata. Pelbagai kemudahan infrastruktur telah disediakan pada zamannya. Sikap keperihatinan yang wujud dalam diri Khalifah Umar b. al-Khattab menjadikan beliau dikagumi oleh rakyat jelata. Selain pembangunan sosial, bidang pendidikan juga amat dititikberatkan oleh beliau pada zamannya khususnya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu agama.

Selasa, 8 September 2009

Berdakwah Kepada Masyarakat India

Pendahuluan


Migrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke-18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja disektor perladangan dan sebaagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi.

Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.37 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India. 70% dari masyarakat India ke Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu.


Pengenalan Kepada Agama Hindu


Perkataan Hindu tidak ada dalam kitab2 agama Hindu yang awal. Agama Hindu pada muanya dikenali dengan nama Sanadhana Dhara (agama yang kekal). Penganut Hindu percaya kepada banyak dewa dan dewi yang jumlahnya sehingga ke 330 juta.

Agama Hindu telah disusun semula ke dalam enam mazhab (sub sects) yang besar oleh Athi Sankara Chariya yang mana setiap mazhab mempunyai dewanya tersendiri. Keanam-enam dewa ni pula dikatakan berasal dari Brahman (sumber) yang sama. Mazhab2 tersebut adalah Sowram iaitu pemujaan matahari, Saivan bertuhankan Siva, Kowmaram bertuhankan dewa Ganapathy dan Saaktham bertuhankan Sakhti (tuhan wanita). Semua mazhab mempunyai pengikut masing2 kecuali Sowram (tuhan wanita). Setiap mazhab mempunyai cara beribadah, pemujaan dan mantra tersendiri.


KEBUDAYAAN MASYARAKAT INDIA


Masyarakat India merupakan satu kelompok satu kelompok manusia yang amat kaya dengan kebudayaan dan tradisi. Hampir semua amalan masyarakat India ni boleh dikatakan ada nilai2 serta maksud yang tersirat. Namun kebudayaan dan keagamaan sering tidak dapat dipisahkan. Antara amalan2 yang popular di kalangan masyarakat India adalah seperti menyambut kelahiran, upacara memberi nama, menindik telinga, mencucuk hidung, meletak tanda pada dahi, dan mencapai baligh. Selain itu makanan, perkahwinan dan kematian dalam kalangan masyarakat India juga berbeza dari kebudayaan masyarakat yang lain di Malaysia.

Pakaian tradisional masyarakat India adalah seperti sari, veesthi, pakaian Punjabi, gurtha dan lain2 Pemakaian aju dan seluar moden diterima secara luas.

Memakan makanan di atas daun pisang merupakan salah satu adat asas masyarakat India. Daun pisang digunakan atas sebab kesihata dan kebersihan. Manakala makanan popular orang India adalah seperti tosai, capatti, idli, vade, puri dan lain2. Ramai orang India mengamalkan pemakanan sayur-sayuran (vegetarian) di atas faktor keagamaan.

Pokok pisang mempunyai nilai tradisi yang tinggi. Biasanya pokok pisang digunakan di dalam upacara perkahwinan, meyambut hari kelahiran dan menyambut hari2 kebesaran keagamaan. Pokok pisang melambangkan kesinambungan atau persaudaraan dan kesejahteraan yang berkekalan.

Salah satu daripada tradisi orang India adalah kolem iaitu lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik. Kolem juga menggambarkan perasaan seseorang. Kolem dibuat dengan tepung beras atau beras yang dibancuh dengan warna.

Memecah buah kelapa di upacara keagamaan dan keramaian membawa maksud untuk menyelesaikan segala kebuntuan dan masalah. Di samping itu kelapa juga dipecahkan dengan diiringi doa supaya tuhan menghancurkan ketakburan seperti mana kelapa itu berkecai, dan menyucikan hati mereka seperti isi kelapa yang putih.

Menyembunyikan loceng di kuil dan memainkan alat2 muzik seperti melam (gendang) dan nadaswara adalah bertujuan untuk menarik perhatian penganut Hindu terhadap tuhan mereka dan menjauhkan suara2 yang sumbang dari didengar oleh tuhan.

Pottu atau meletak tanda bulat di dahi mempunyai fungsi sosial dan keagamaan. Tanda merah (kum-kum) adalah simbol Dewi Sakti, tanda kuning atau cendana membawa simbol Dewa Siva dan tanda hitam pula bertujuan menolak bala dan sihir. Kini pelbagai warna digunakan untuk menyelesaikan diri dengan suasana dan keadaan. Biasanya abu putih di dahi melambangkan kesucian.


TANGGAPAN PENGANUT AGAMA HINDU TERHADAP AGAMA ISLAM


* -Agama Islam adalah untuk mereka yang lahir di dalam keluarga Islam sebagaimana agama Hindu bagi mereka yang lahir dalam keluarga Hindu.
* -Agama Islam dan agama Hindu adalah dari tuhan yang sama. Oleh itu kedua-dua agama ini adalah benar.
* -Semua agama boeh diterima. Tidak salah salah seorang penganut Hindu mengamalkan ajaran agama lain termasuk Islam.
* -Orang Islam yang mengerjakan solat 5 waktu, puasa dan haji seta mengamalkan sunnah dan berpegang teguh pada ajaran Islam dikira sebagai fanatik.
* -Islam adalah agama keganasan. Kebanyakan negara Islam terlibat berperang.
* -Orang Islam menyembah Kaabah.
* -Masyarakat Islam lemah/pasif dan sentiasa perlu dibantu.
* -Seseorang yang memeluk agama Islam akan dipaksa oleh orang Islam untuk meninggalkan keluarga dan kebudayaan asal.
* -Satu kehinaan bagi keluarga apabila seseorang ahli keluarga memeluk agama Islam kerana dia tidak boleh menyertai upacara kematian keluarga Hindu.
* -Masuk Islam masuk melayu. Pakai songkok, baju melayu dan cakap melayu.
* -Ajaran Islam menghina agam Hindu. Misalnya penyembelihan lembu secar besar-besaran. Lembu dianggap sebagai binatang suci.


KENAPA PERLU BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT HINDU?


1. -Untuk memperkenalkan Islam kepada orang2 Hindu sebagai agama yang sempurna.
2. -Untuk memberi gambaran yang baik tentang Islam supaya orang2 Hindu bersikap positif terhadap Islam.
3. -Untuk menyampaikan Islam dengan hikmah supaya tidak mendatangkan perasaan takut.



PENDEKATAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT HINDU


1. -Mengadakan dialog dengan pelbagai pertubuhan masyarakat Hindu seperti Persatuan Hindu Malaysia, Persatuan Belia Hindu, Kelab Bell Tamil, dll.
2. -Mengadakan kerjasama dengan pertubuhan Hindu dalam berbagai program dan perkara yang melibatkan kepentingan bersama seperti gotong-royong, Rukun Tetangga, dll.
3. -Melakukan ziarah kepada masyarakat Hindu lebih-lebih lagi mereka yang sakit. Bawalah buah tangan untuk menambat hati mereka.
4. -membantu masyarakat Hindu yang menghadapi pelbagai kesusahan seperti tidak mampu untuk menyara keluarga dan pendidikan anak2.
5. -Mendedahkan masyarakat Hindu terhadap realiti sebenar ajaran agama Islam. Sama ada dari segi ajaran, tamadun dan pencapaian ilmu pengetahuan.
6. -Penerangan dan penyebaran maklumat Islam perlu dibanyakkan dalam bahasa ibunda, misalnya dalam bahasa Tamil.
7. -Sistem institusi kewangan Islam seperti perbankan, pajak gadai dan takaful perlu diperjelaskan untuk menarik minat.
8. -Pendakwah perlu memahami sosio-budaya serta pemikiran masyarakat Hindu yang menjadi sasaran dakwah.
9. -Memanjangkan masa siaran radio dan TV Islam dalam bahasa Tamil.
10. -Menyelitkan rancangan2 bercorak propaganda untuk menarik orang2 Hindu kepada Islam
11. -Agensi2 kerajaan perlu mengadakan penerangan secara terus-terang berkaitan agama Islam. Kaedah ini lebih banyak maklumat.
12. -Jangan sesekali sentuh isu kasta atau mempersendakan tuhan Hindu di hadapan penganut Hindu.
13. -Mencampurkan pelajar/mahasiswa Hindu untuk tinggal bersama pelajar Islam di asrama.
14. -Pamerkan akhlak yang terpuji dan tawanlah kepercayaan mereka terhadap agama Islam.
15. -Jangan memperkecilkan agama Islam atau pemimpinnya di hadapan orang2 Hindu. Misalnya mengatakan "hudud itu zalim" atau menghina Nabi Muhammad saw.
16. -Jangan panggil orang Hindu dengan panggilan 'keling', 'Hindu', 'India', dsb.
17. -Anjurkan kelas bimbingan bagi pelajar Hindu di estet dan di kawasan setinggan. Klinik bergerak NGO Islam perlu kerap ke kawasan ini.
18. -Jangan hidangkan daging lembu kepada orang2 Hindu. Cuba elak dari makan daging lembu bila kita makan bersama mereka.


KESIMPULAN


Semoga artikel ini dapat membantu kita semua untuk mengenali kepercayaan dan budaya orang2 India di Malaysia. Di samping itu boleh membuka jalan untuk berdakwah kepda mereka. Adalah menjadi harapan saya agar kita dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara kita dan pada masa yang sama kita memperkenalkan budaya dan agama kita kepada mereka. Semoga usaha kita ini dirahmati Allah swt..

Jumaat, 4 September 2009

Dakwah Dan Seni: Satu Metode Dakwah

1. Pengenalan


Sejak kebelakangan ini, kesenian telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada kalangan masyarakat. Justeru timbul semula polemik yang dibicarakan sejak berkurun lamanya tentang sejauh mana Islam membenarkan kesenian dalam syariatnya. Seterusnya timbul pula permasalahan tentang penggunaan kesenian dalam dakwah Islam yang dilihat oleh sesetengah orang sebagai antara cara yang terbaik yang boleh digunapakai untuk dakwah. Oleh itu, kertas kerja ini akan melihat serba sedikit penggunaan kesenian bagi tujuan dakwah Islamiah.


2. Definisi Dakwah


Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu pogram yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.(Al-Ghazali : 1981 )

Dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menerangkan pengertian dakwah, Firman Allah s.w.t. :


Bermaksud:

Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(Surah al-Nahl: 125)


2.1 Metod Dakwah


Metod merupakan cara bagaimana pengajaran yang disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk menerimanya. Sesuatu pengajaran walaupun baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaiannya tidak berkesan.(Ab.Aziz Mohd Zain: 1991). Asas metod dakwah ialah sebagaimana berikut:

1. Penjelasan yang nyata dan jelas.

2. Berperingkat-peringkat.

3. Mudah.

4. Menjinakkan.

5. Adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan atau larangan.

6. Bersesuaian dengan keadaan sasaran. (Ab.Aziz Mohd Zain: 1999)


2.2 Hubungan Kesenian dan Dakwah


Secara asasnya dakwah itu adalah merupakan matlamat hidup orang Islam iaitu untuk membawa seluruh makhluk manusia kepada Islam. (al-Faruqi 1992, hlm. 197). Justeru itu, ia telah dipraktikan semenjak zaman awal Islam dengan Nabi s.a.w. itu menyampaikan Agama yang suci ini. Firman Allah s.w.t. :


Bermaksud:

Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan peringatan yang baik dan bermujadalahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.

(Surah al-Nahl: 125)


Allah s.w.t menyatakan cara berdakwah dengan memberikan tiga metod penting iaitu dengan penuh hikmah, peringatan yang baik dan bermujadalah. Dilihat juga daripada ayat ini, bahawa cara berdakwah itu adalah amat terbuka dan terserah kepada kebijaksanaan yang ada pada pendakwah tersebut. Justeru itu, kesenian juga dapat digunakan untuk tujuan berdakwah selagi mana ia tidak melanggar batasan yang telah ditetapkan.


Walaupun kedapatan sarjana barat seperti Kenneth Craigh yang cuba menggambarkan bahawa Islam itu menentang kesenian, namun ia bukanlah sebagaimana yang digambarkan. (al-Faruqi 1992, hlm. 172) Islam jelas tidak menentang kesenian yang berada di dalam ruang lingkup yang dibenarkan.


Oleh itu, bagi menyimpulkan hubungan kesenian dengan dakwah dapatlah dinyatakan bahawa kesenian itu sebahagian daripada cara berhikmah untuk berdakwah.


3. Konsep Kesenian

3.1 Definisi Kesenian


Definisi seni menurut Kamus Dewan iaitu halus (kecil, elok), tipis dan halus enak didengar (suara), dan comel (bentuk badan). Seni adalah karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain.) yang diciptakan dengan bakat dan kebolehan mencipta sesuatu yang indah.


Kamus Dewan turut mengaitkan seni dengan beberapa item yang berbeza; sajak, lukisan, muzik , ukiran, pahat, sastera, silat, suara, nyanyian, tarian dan lain. Malah perkataan seni juga digabungkan dengan perkataan kreatif (seni kreatif) yang memberi makna apa sahaja seni yang dapat mencipta sesuatu. (Noresah Baharom. 1992. hlm. 1169-1170).

Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, manakala Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.

Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera.

Justeru itu, dapatlah di rumuskan bahawa kesenian itu adalah suatu yang cukup luas ruang lingkupnya yang mana ia dapat digunakan dengan kepelbagaian. Adalah tidak wajar menghadkan kesenian itu dengan makna nyanyian, lakonan dan hiburan semata-mata.

Dakwah pula adalah kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama yang sebenarnya, penyebaran ajaran agama (lazimnya dimaksudkan agama Islam) (Noresah Baharom. 1992. hlm. 244) Definisi yang dinyatakan adalah cukup jelas menerangkan kalimah dakwah.

Berdasarkan definisi yang diberikan dapat diringkaskan tajuk perbincangan ini sebagai suatu usaha untuk memperlihatkan hubungan antara dakwah dan kesenian dengan memperjelaskan penggunaan kesenian dalam berdakwah dalam perjalanan sejarah Islam.

3.2 Hukum Kesenian Islam

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya:

(1) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.

(2) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.

(3) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.

(4) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

i. Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.

ii. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).

iii. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.

iv. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.

v. Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.

vi. Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.

vii. Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).

viii. Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.

(5) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

3.3 Matlamat Kesenian Islam

Dalam Islam, seni haruslah tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnya manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawa seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimana untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.


Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah s.w.t. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma’ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari hubungan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.


Seni dalam Islam menanam rasa khusyu’ kepada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan ̋ seni untuk seni ̏ tetapi seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan Alam sekitar. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah s.w.t maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.


3.4 Ciri-ciri Kesenian yang boleh Membentuk Nilai Murni


1. Seni yang tidak melalaikan. Tanpa mengira bentuk seni samada ia seni lakon, seni suara, seni halus kesemuanya perlu dilihat pelaksanaannya dengan penuh tanggungjawab dan tidak menjadi sebab seseorang itu melupai tanggungjawabnya terhadap Allah dan sesama manusia. Seorang pelakon contohnya mestilah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah dengan menjalankan suruhannya.

2. Perlaksanaan dan persembahannya tidak bertentangan dengan syarak dan sentiasa menjaga akhlak.

3. Menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa syirik.

4. Bukan untuk bermegah.

5. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain.

6. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema’rufan, kesahihan dan budi yang mantap.


4. Bidang-bidang Kesenian Islam

4.1 Seni Tulisan Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

4.2 Seni Penulisan (Sastera)

Manakala seni penulisan pula dikaitkan dengan seni kesusasteraan. Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusasteraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.

Al-Quran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segi keindahan bahasa kesusasteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas peribadi, bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusasteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulullah s.a.w dan terus berkembang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusasteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

4.3 Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.

Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

4.4 Seni Binaan

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya mencapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya dapat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd walaupun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.

Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan ialah seni bina Masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasulullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina Masjid. Masjid pertama menjadi lambang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, Masjid kemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.

Seni bina Masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dan kebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan perhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan reka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina Masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah Masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah Masjid jamek (Masjid utama) dan 19 Masjid kecil

Dari segi struktur dalaman dan luaran Masjid, beberapa perkara dapat dilihat khususnya dari aspek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang berkumpul, tiang dan pilar utama, anjung dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkara-perkara ini merupakan karektiristik seni bina Masjid yang memperlihatkan keunikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina Masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.

Selain daripada Masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk Islam banyak dipengaruhi oleh seni bina Masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kota Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan keretapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

4.5 Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)

Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan telinga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirik-lirik kotor, cabul dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkahwinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka Nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan".

Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikan dengan istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.

5. Kesenian Menurut Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud :


"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah s.w.t lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah s.w.t bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

6. Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, bolehlah disimpulkan bahawa kesenian Islam adalah merupakan satu metode untuk berdakwah kepada masyarakat Islam amnya dan masyarakat bukan Islam khususnya. Disamping itu, sebagai seorang pendakwah hendaklah menjelaskan kepada mad’u bahawa seni bukan hanya semata-mata hiburan tapi sesungguhnya ia adalah keperluan bagi setiap yang bernama manusia yang normal dan mempunyai citarasa. Sebagaimana keperluan tubuh kita kepada makanan dan minuman begitulah keperluan jiwa kepada seni. Sebagaimana juga makan dan minum mempunyai tatacara dari aspek budaya dan agama begitu jugalah seni mempunyai tatacara yang tertentu. Sekiranya makanan boleh membahayakan kesihatan dan sebaliknya memberi kebaikan begitulah juga seni jika tidak menepati tatacaranya akan membahayakan jiwa dan pemikiran malah perosak kepada akhlak. Oleh itu, bagi menyimpulkan hubungan kesenian dengan dakwah dapatlah dinyatakan bahawa kesenian itu sebahagian daripada cara berhikmah untuk berdakwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...