Assalamualaikum w.r.b.
Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
Tatkala kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud
kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat
orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan “biar mati anak, jangan
mati adat”. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat
mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat
masih diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan.
Read more
Read more
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Allah s.w.t. menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi s.a.w. bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yg benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku".
Firman Allah s.w.t:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka iskin, Allah akan memberikan kekayan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah s.w.t maha luas rahmat dan kurniaanNya lagi maha mengetahui.” An-Nuur : 32
Perkahwinan
tidak terlepas daripada risiko. Pernikahan di usia muda di alam kampus
hanyalah satu kaedah rawatan untuk membendung gejala maksiat dalam
kalangan remaja. Sekurang-kurangnya walaupun ia berisiko, ia masih dapat
mengelakkan risiko yang lebih besar. Namun bagi yang ridak terlibat
dengan gejala berpacaran, digalakkan supaya menumpukan perhatian kepada
pelajaran.
Daripada
dok bercinta lama-lama tanpa ikatan yang halal baik nikah khitbah kan??? Kelebihan nikah khitbah ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang
sah mengikut hukum agama. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar
makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka mengadakan
hubungan persetubuhan sekalipun, maka ia tidak salah dan tidak haram.
Pasangan tidak perlu duduk sekali tidak perlu mencari rumah berasingan,
tidak perlu menanggung satu sama lain,tidak perlu membeli peralatan
rumah atau lain-lain.
Tapi
zaman sekarang ni ibu bapa tak nak bagi anak-anak kawen awal.
Macam-macam diorang takutkan. Anak berzina tak takut pulak...
wallahualam.. Semoga kita dijauhkan daripada perkara mazmumah..
Memang
betul apa yang ditulis di atas ni cuma saya ingin menyatakan kekecewaan
dalam realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Isu pertama kawin
semasa belajar tidak lah salah dan saya tak menghalang sekali pun, cuma
ingin tekankan di sini realiti sekarang kahwin tidaklah semudah zaman
dahulu.
Masyarakat sekarang lebih mementingkan hantaran/Mas
Kahwin, dan tarikh majlis perkahwinan dari segalanya. Sebab tarikh pun menjadi isu dalam melaksanakan kenduri kedua-dua belah pihak. Ya lah, mana tidaknya, sebelah pihak tak nak buat jarak yang jauh alasannya takut hilang seri, takut orang mengata, takut mengandung sebelum kenduri dan mcam2 takut lg. Ada hantaran anak di beza2
mengikut taraf pendidikan anak tu..isk2..mcm jual kete plak kan. Ini
terjadi dkt salah sorang kawan saya. Ayah perempuan tu ckp hantaran/mas
kahwin mesti 10 ribu sbb anak dia ada degree...erk???kalau hantaran 6
ribu je terus dikutuk.
"hek eleh..anak abg pie tu keje
operator kilang je hantaran 8 ribu"jiran2 mula mengata..mula bermegah2
sesama sendiri..Bagi saya pedulikan saja orang yang mengata..kalau org yang mengata tu sambil mengata bagi duit dkt kita x pe la...ni mengata saja..yang membebankan kita...errmm kalau kita baca kisah Saidina Ali dan Siti
Fatimah..hantaran yang Saidina Ali bagi cuma sehelai baju besi perang
miliknya... mulianya siti fatimah kerana menerima pinangan
Ali..semulia-mulia perempuan itu adalah perempuan yang rendah
maharnya...huhu
Indahnya islam ni kerana mahar atau nama lain mas kawin tu memang wajib tapi nabi tidak sebutkan jumlah minima hatta jumlah maksima.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )
Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )
Berapa ramai keluarga di malaysia ni yang sanggup nikah khitbah...lebih
ramai membesar-besarkan walimatul urus hingga berlebihan sampai menjadi
beban kepada pihak lelaki...sedangkan hukum walimatul urus tu bukan
wajib tapi cuma sunat muakkad (sangat dituntut)....
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim daripada Anas bin Malik r.anhu katanya :
أن عبد الرمن بن عوف تزوج على عهد رسول الله (ص) على وزن نواة من ذهب فقال له (ص) أولم ولو بشاة
Maksudnya : Abd Rahman bin Auf telah bernikah di zaman Rasulullah saw dengan maharnya emas seberat biji kurma. Lalu Nabi saw bersabda kepadanya : Adakanlah jamuan makan untuk merayakan perkahwinanmu walaupun hanya dengan seekor kambing.
P.S
Kesimpulannya mas Kahwin dan walimatul urus adalah epidemik yang
semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kat malaysia ni..bagi saya
biar lah apa sahaja yang kita buat sederhana kerana islam itu mudah...Utamakan tuntutan Agama daripada tuntutan adat...Wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan