Ayat al-Quran

Khamis, 8 Disember 2011

PERIHAL HOMOSEKS @ LIWAT : PENGULANGAN SEJARAH KERUNTUHAN MANUSIA


Mutakhir ini kita  dikejutkan dengan keberanian orang Islam ats nama kebebasan mempromosikan homoseks dan seumpamanya. Jika tdk diberi kesedaran dan kefahaman yang sebenar berkenaan isu ni ia pasti merebak dan penyakit yang membarah dalam masyarakat. Liwat termasuk perbuatan derhaka yang boleh merosak sendi2 kehidupan manusia serta boleh menghancurkan dunia ini. Ini krn dengan meliwat, lelaki dan perempuan akn hidup tanpa peraturan.
Read more

Sejarah menyaksikan manusia pernah ditimpa musibah akibat kegiatan homoseksual spt mana peristiwa di zaman Nabi Luth dan juga apa yg berlaku di kota Pompei. Hakikatnya, manusia seringkali leka. Buktinya, hari ni, gejala homoseksual begitu berleluasa di mana ia bukan lagi t'tumpu di negara sekular, malah kian merebak ke negara-negara Islam, khususnya negara malaysia yg kita cintai ini. Kemunculan keruntuhan akhlak manusia bermula apabila hidup menjadi semakin makmur-kaya, peningkatan dlm keselesaan, serta wujudnya ruang peluang yg memberi kebebasan utk melakukan apa sahaja..tanpa batasan nilai fitrah manusia. Menjijikkan, manusia melakukan perbuatan yg binatang sendiri pun tdk lakukan!!!...
Satu hari ketika berada dgn orang ramai, dan termasuklah saya, menjadi tercengang tetapi tersenyum, serta tertawa kecil. Apa tidaknya...saya sedang melihat gelagat sekumpulan remaja, yg tampak profesional, penampilan pula sungguh 'menawan dan jambu'. Cuma gaya gerakan mereka nampak sungguh berlainan..gaya mak nyah, pondan, atau lebih dikenali sbg gaya sotong...antum semua tahu kan gaya sotong bagaimana...tak perlu kot utk menghuraikannya dengan lebih detail..Saya mendapat tahu mereka adalah kumpulan siswa daripada sebuah IPTA tempatan yg mengambil bidang pereka fesyen!..

Maksud diceritakan peristiwa ini ialah gambaran penerimaan/penolakan masyarakat terhadap kumpulan ini. Umumnya sebelum ini kumpulan seumpama ini, dikenali sbg kutu malam, tetapi tidak lagi pada hari ini. Sudah wujud golongan profesional dr kalangan mrk ini. Mereka juga didapati berperanan aktif dlm ekonomi negara. Ini menunjukkan bahawa golongan ini sudah dan boleh diterima oleh masyarakat amnya. Sungguhpun begitu, sebagaimana kebiasaannya, terdapat dari kalangan ini, mereka yg melangkaui batasan ketimuran dan tentunya tidak ketinggalan sempadan keagamaan. Di malaysia hari ini, kumpulan yg bukan "straight" sudah mulai menonjolkan diri mereka di khalayak ramai. Ini mungkin kerana mereka terpengaruh dengan gerakan homo sedunia.

Malah di Amerika Syarikat, oleh kerana bilangannya yg begitu ramai dan semakin bertambah, serta peranan dlm kemajuan dan ekonomi mereka, menjadi antara sebab kenapa perkahwinan sejenis diiktiraf. Malah, baru-baru ini saya ada tertengok video Ibu kawen dgn anak kandung sendiri di youtube. Kejadian ini berlaku di Indonesia, utk mengetahui dgn lebih lanjut blh lihat disini..

Justeru mereka pun mengambil langkah mengembangkan lagi kegiatan kumpulan sejenis ini. Di Asia Tenggara, sebuah Negara jiran dikatakan menjadi pusat kegiatan, manakala Malaysia pula diklasifikasikan sbg wilayah yg masih "dara". Kelemahan penguatkuasaan dek ketiadaan undang-undang yg berkaitan dengannya menjadikan isu kegiatan tdk bermoral kumpulan ini begitu terselah. Apatah lagi mereka mendapat simpati drpd org ramai yg tdk begitu faham dgn natijah gerakan ini. Mereka mendakwa mereka dilahirkan sedemikian yakni mempunyai naluri-nafsu utk "cinta" kaum yg sejenis..Hujah mereka ini utk menggambarkan situasi terperangkap dan bukannya kehendak sendiri.

Sebab itulah sejarah perjalanan manusia bersekali dengan nilai2 yg diterapkan spt dlm agama Islam, perlu dipelajari dan didalami. kisah umat Nabi Luth perlu difahami dan dihayati. Laut mati adalah tanda dan bukti betapa Allah melaknat golongan ini. Satu kawasan yg pernah maju dan mewah diterbalikkan krn umatnya telah melakukan perbuatan2 yg sama dgn golongan yg sejenis ini. Malah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah melarang pengikutnya dari mengambil apa jua manfaat drpd laut Mati, walaupun jika dikaji dr segi perubatan, dan saintifik, laut mati mempunyai khasiatnya yg tersendiri.

Justeru, saya akan mentafsirkan ayat 165-166 drpd surah al-Syu'araa'. Firman Allah s.w.t. yg bermaksud:

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri2 kamu? (kamu orang2 yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yg melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!".

Ibn Kathir berkata: Tatkala Nabi Allah Luth melarang mereka drpd melakukan perbuatan keji dan hina dengan mendatangi lelaki secara liwat atau homoseks, baginda menunjukkan mereka supaya bersama dgn wanita yg Allah jadikan mereka sbg pasangan ttp malangnya jawapan mereka adalah dgn menegah Nabi Luth dan mahu menghalaunya keluar dari negeri t'sebut.

Al-Maraghi berkata: Apakah kamu tetap melakukan perbuatan keji ini padahal tidak ada seorang pun yang pernah melakukannya, kamu membuat hubungan jenis sesama lelaki dengan meninggalkan isteri kamu yg dihalalkan oleh Allah s.w.t utk membuat perhubungan dgn mereka? Sesungguhnya kamu termasuk kaum yg melampaui batas sama ada dari aspek logik dan hukum yg ditetapkan. Kamu melakukan perbuatan dosa itu yg tidak pernah terlintas dlm fikiran seorang pun sebelum ini utk berbuat demikian.

Sudah tidak syak lagi, sudah tdk dpt dinafikan lagi, kumpulan sejenis ini sungguh bahaya. Mereka tidak boleh dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya. Para ibu bapa diseru supaya lebih peka terhadap anak2 mereka supaya tdk terjerumus ke dalam lembah yg teramat hina ini. Masyarakat sekeliling pula tidak boleh sekadar tersenyum dan tertawa kecil apabila melihat kumpulan ini. Apatah lagi apabila terbaca laporan Bukit Bintang dan Lorong Hj. Taib, merupakan antara lokasi yg sering dikunjungi oleh mereka, dan mereka juga didapati begitu berani mencari pelanggan, selain tdk segan dan silu melakukan adegan menjolok mata.

Natijah gejala homoseksual ini adalah sungguh menakutkan krn merekalah yg bakal mengundang laknat Allah terhadap masyarakat yg mempunyai kumpulan ini, membiarkan mereka bergelumang dgn dosa kemanusiaan, malah menerima perkahwinan sejenis.!

Seruan mengekang homoseksual ini adalah seruan suci yg diredhai oleh Allah s.w.t...sekian...Wallahu 'alam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...