Ayat al-Quran

Ahad, 18 Disember 2011

Sembang Rakyat!!! Tengok Boleh ~ Percaya Jangan

Assalamualaikum w.b.t...maaf la ya..ini bukan blog politik..Tapi just nak kongsikan apa yg seronok bila baru-baru ini saya ada tengok satu link yang di post oleh sahabat saya di laman sosial facebook..so x pe la..saya pn tengok je lah..dah org post kan..Video tue berjudul "Musim Hudud PAS" dan "Lagi Hudud" dan katanya dibuat oleh "Sembang Rakyat"..
 
 

 
Penyebaran video sembang rakyat di laman sosial facebook dan youtube merupakan isu panas di negara kita ni...Mana tidaknya..ia melibatkan isu-isu sentimen agama..Bukanlah ia dibangkitkan oleh orang bukan Islam, bahkan orang Islam sendiri berani mempermainkan sensitiviti agama..Video tersebut dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.
 Read more


Agama dan politik tidak boleh dipisahkan...Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama..pandangan ini tidak terpakai dalam Islam..Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja...Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna..Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya...Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama..Ini lah kesan apabila agama dan politik dipisahkan...Mereka tidak mengetahui yang mana hukum Allah dan hukum manusia..

Apa yang menjadi perhatian berhubung isu ini adalah pertikaian soal pelaksanaan hukum hudud..Saya tidak peduli soal pertembungan parti politik dalam video ini, tetapi yang saya rasa tercabar ialah penghinaan terhadap hukum Islam tersebut..Lakonan mereka jelas menunjukkan penyelewengan tentang kefahaman hukum hudud dan yang lebih merisaukan ialah ia akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat..Apa yang merisaukan, dengan penyelewengan tentang hukum hudud ini boleh menyebabkan tergugurnya akidah umat Islam..boleh jadi Murtad tue..ermm...Na'uzubillah..

Tapi apa yang saya lihat dari komen2 dalam youtube ramai masyarakat yang memahami tentang hukum hudud ini..Malah ramai yang menunjukkan sikap/respon marah dan berang dengan isu-isu penghinaan hukum Allah sehingga ada yang membuat laporan polis dan mengecam keras penghinaan terhadap hukum hudud serta mereka meminta untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit, pelakon dan penyebar video ini dan mendesak Kementerian Penerangan mengambil tindakan serius berhubung isu ini..

Sehubungan itu, banyak episod "sembang rakyat" mencatatkan lebih banyak "dislike" dari "like"...termasuklah saya yang dislike tue...Pada statistik ini bukan menunjukkan beza orang Pas dan Umno yang online kat youtube..Tapi kefahaman semua orang tentang hudud..Statistik ini pun bukan menunjukkan tentang siapa yang bakal menang pilihanraya akan datang..Cuma saya suka bila banyak orang suka dan semakin faham tentang isu hudud ini..Apapun undi adalah rahsia, biar kita yang tentukan siapa yang kita pilih..Kepada sesiapa yang baca blog nie, kalau dah cukup umur, marilah, kita daftar mengundi..Tak rugi pun, untuk masa depan anak bini kita juga..Biar apapun yang kita pilih, tetap ada pro dan kontra..

Jadi, akhir kata dari saya, kalau nak tengok video "sembang rakyat" tue tengok la...boleh tengok..boleh dengaq..tapi percaya jangan..sama2 lah kita menilai..yang mana baik tue kita amik la..yang buruk itu kita buang letak tepi dan jadikan satu pengajaran..Wallahu'alam..

So selamat beramal!!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...