Emosi merupakan rasa batin yang terdapat pada seseorang seperti perasaan gembira, dukacita, gelisah, takut, cemas, benci, dengki dan marah yang boleh memberi kesan kepada anggota dan alat-alat dalam badan manusia. Oleh kerana masalah yang dihadapi oleh manusia sering melibatkan perkara yang berkaitan dengan emosi dan perasaan, maka pendekatan emosi sewajarnya digunakan.
Read more
Pendekatan emosi ialah usaha dakwah yang menjurus kepada hati bagi menggerakkan perasaan. Pendekatan ini boleh dilakukan melalui nasihat yang boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi sasaran dakwah. Misalnya, memberi penjelasan tentang nikmat Allah yang diberikan kepada mereka yang wajar dipergunakan untuk jalan kebaikan dan wajib disyukuri dengan cara mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Dalam penulisan saya kali ini, saya akan menghuraikan tentang perakuan al-Quran terhadap emosi-emosi yang terdapat pada manusia dan bagaimana dakwah menggunakannya untuk memudahkan kefahaman sasaran terhadap sesuatu suruhan atau larangan. Ia juga menerangkan tentang bagaimana dakwah menggunakan emosi ini untuk mempertahankan kebaikan dan melarang penggunaannya jika ia bahaya.
Antara emosi manusia ialah marah, takut, gembira, sedih, benci, dengki, tamak, bimbang, cemburu, malu, sengsara dan lain-lain. Dakwah telah menggunakan emosi-emosi tersebut dengan menyelitkannya dalam arahan-arahannya supaya senang difahami oleh sasaran.
Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?
Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap sesuatu benda atau keadaan. Benda atau keadaan yang berkenaan merupakan rangsangan yang dianggap oleh orang yang berkenaan sebagai hasil daripada tanggapan dan pengalamannya berhubung dengan benda atau keadaan tersebut yang menimbulkan keadaan kebangkitan pada dirinya.
Perkataan emosi berasal dari bahasa latin, iaitu emovere, yang bererti bergerak menjauh. Erti perkataan ini menyiratkan bahawa kecenderungan bertindak merupakan hal mutlak dalam emosi. Emosi merujuk pada suatu perasaan dan pikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Biasanya emosi merupakan reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu. Sebagai contoh emosi gembira mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga secara fisiologi terlihat tertawa, emosi sedih mendorong seseorang berperilaku menangis.
Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa emosi adalah suatu perasaan yang mendorong individu untuk merespon atau bertingkah laku terhadap stimulus, baik yang berasal dari dalam mahupun dari luar dirinya.
DAKWAH MELALUI LAYANAN EMOSI
1. Emosi Takut
Takut merupakan satu perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan berasa takut ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang membahayakan dan merosakkan dirinya. Allah menceritakan keadaan manusia pada suatu hari nanti yang akan berada dalam keadaan ketakutan yang amat sangat. Dakwah menggunakan emosi ini untuk mempengaruhi sasarannya.
Dalam satu contoh, Allah berfirman bermaksud:
Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa Yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak Yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan Yang mengandung akan gugurkan anak Yang dikandungnya; dan Engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.(Surah Al-Hajj : 2)
Ayat di atas menceritakan tentang keadaan-keadaan yang menakutkan yang akan berlaku pada hari kiamat nanti, sebagai peringatan kepada manusia untuk persiapan diri daripada berhadapan dengannya. Untuk menyelamatkan diri dari keadaan-keadaan yang dahsyat dan mengerikan maka takut hendaklah ditumpukan hanya kepada Allah. Allah mengarahkan manusia supaya memikirkan tentang ketakutan yang akan dihadapi nanti, dengan itu sebagai seorang makhluk Allah di muka bumi ini, maka kita hendaklah membuat persediaan atau persiapan untuk mengelakkannya.
2. Emosi Marah
Marah adalah satu perasaan yang tertanam pada seseorang sejak kecil sampailah mati. Ia berguna untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, negara yang diredhai dan lain-lain yang perlu dipertahankan. Namun, marah juga boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain, kerana ketika perasaan ini datang, ramai orang hilang pertimbangan disebabkan mereka tidak mampu mengawal perasaan marah. Berhubung dengan perasaan ini, terdapat pelbagai keadaan dalam diri manusia.
Oleh kerana itu marah ada kalanya patut dan ada kalanya tidak patut. Maka dengan itu, ada masanya ia baik dan ada masanya ia buruk. Terdapat masa-masa yang perlu digunakan marah, kerana ia membawa kebaikan. Dakwah mengarahkan sasarannya supaya tidak menyimpan perasaan marah dan suka memaafkan kesalahan orang lain, kerana kalau tidak demikian akan merugikan serta membahayakan diri sendiri, seperti firman Allah yg bermaksud:
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan Yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya; (Surah Al-Syura : 37)
Ayat tersebut mengarahkan orang Islam supaya tidak marah dan memaafkan kesalahan orang lain, kerana itu tanda orang yang berada dalam kebaikan. Allah sangat suka kepada orang-orang yang selalu memaafkan orang lain. Orang yang dapat menahan dirinya dari dikuasai oleh marah adalah orang yang kuat, kerana dengan yang demikian dia telah menyelamatkan dirinya dan diri orang lain daripada akibat marah yang membara dan tidak terbatas.
Marah juga adakalanya patut, iaitu marah kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan, contohnya marah kepada kemaksiatan seperti berzina, berjudi, mencuri, minum arak dan lain-lain. Maksud marah di sini bukan kita marah pada orang yang melakukan, tetapi kita marah atas perbuatan yang dilakukan dengan memberi nasihat yang baik dan berhikmah.
Keterangan-keterangan tersebut yang disebutkan dapat digambarkan tentang bagaimana dakwah menggunakan perasaan marah untuk memberikan arahan-arahannya sama ada menyuruh atau melarangnya, supaya sasaran dapat memahaminya dengan baik dan dapat mempengaruhinya.
3. Emosi Sukacita Dan Gembira
Alangkah beruntungnya jika seseorang itu dapat hidup dengan gembira, apa lagi kalaulah kegembiraan itu dapat dikecapi setiap masa. Kegembiraan adalah satu nikmat. Namun, tidak selamanya kegembiraan itu menguntungkan. Ia juga boleh merosakkan sekiranya tidak digunakan dengan baik.
Dawah telah menggambarkan kegembiraan yang dirasai oleh seseorang, sama ada sebagai suatu peringatan kerana ia merugikan diri dari sudut jangka panjang atau menggambarkan kegambiraan yang sebenar yang perlu dikejar dengan persiapan-persiapan untuk mendapatkannya. Kegembiraan yang merugikan diberi peringatan oleh Allah. Firman Allah yg bermaksud:
kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul Yang diutus kepada mereka Dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira Dengan pengetahuan Yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan Dengan Yang demikian mereka pun diliputi oleh azab Yang mereka ejek-ejek dahulu.(Surah Al-Mu’min : 83)
Ayat tersebut menjelaskan bahawa rasa hebat dan bergembira dengan pengetahuan yang dimiliki dengan merendah-rendahkan pengetahuan orang lain tanpa memikirkan sama ada benar atau tidak benar berakhir dengan kehinaan dan azab sengsara. Sebagai manusia yang beriman kepada Allah, seharusnya kita tidak merendah-rendahkan orang lain kerana itu sama sekali dilarang oleh Allah. Kegembiraan sebenarnya tidak bertahan lama, kerana Allah tidak suka kepada orang yang megah .
Golongan yang bergembira dengan kemewahan yang didapati sehingga lupa daratan, sedangkan segala rezeki adalah pemberian Allah. Golongan yang seperti ini hanya dapat bergembira dalam jangka waktu yang sangat pendek sahaja. Selepas itu mereka akan diazab dengan azab yang amat pedih atas sikap mereka yang lupa daratan itu. Dakwah juga menjelaskan kesukaan sebenar yang patut dirasai oleh seseorang, iaitu kesukaan kerana kemenangan untuk masa depan yang berpanjangan.
Keterangan-keterangan di atas memaparkan tentang kegembiraan yang dialami oleh seseorang ketika berhadapan dengan sesuatu keadaan. Sebagai suatu peringatan, kegembiraan itu ada yang berbentuk sementara yang merosakkan, maka ia perlu dihindar dan ada yang berbentuk jangka panjang dan menguntungkan semua pihak, maka ia perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Penggunaan emosi tersebut digunakan untuk memantapkan kefahaman sasaran terhadap arahan dan mesej yang dikemukakan.
Kesimpulannya, berdasarkan penjelasan yg saya berikan ini dapat dilihat bagaimana dakwah mengguna dan mengawasi emosi yang ada pada manusia. Dakwah mengarahkan manusia supaya menggunakan emosi itu pada tempat yang boleh membawa kebaikan, disamping melarang mereka bertindak mengikut emosi pada tempat-tempat yang boleh membahayakan. Oleh kerana emosi banyak melahirkan tingkah laku, maka kawalan dan arahan yang ketat untuk menjamin penggunaannya dengan betul dan selamat perlu dilakukan. Emosi juga dapat menerangkan tingkah laku seseorang dalam rangka mengkaji dan memahami manusia secara mendalam. Dakwah hari ini hendaklah bijak bermain-main dengan emosi sasarannya untuk meraih keberkesanan. Oleh itu, isu-isu untuk membangkitkan emosi sasaran seperti yang telah dikemukan perlu ditonjolkan dengan jelasnya oleh dakwah hari ini, bersama-sama dengan mesej dan arahan dakwah yang hendak disampaikan kepada sasaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan