Pada kali ini saya cuba membincangkan aspek dakwah terhadap non-Muslim. Dakwah terhadap komuniti Orang Asli di Tanah Gembur, Ledang Johor dijadikan sampel bagi tasawwur dakwah Islamiah terhadap non-Muslim secara umum. Beberapa metode dakwah yang telah dilaksanakan dan dikenal pasti efektif dalam menarik masyarakat orang asli menerima Islam juga dikemukakan.
Read more
Pada 22 Mac 2011, Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan Pelajar telah menganjurkan satu program Khidmat Masyarakat Orang Asli Di Kampung Tanah Gembur, Ledang, Johor. Program ini diadakan bagi memenuhi kursus Metodologi Dakwah Non-Muslim yang diwajibkan ke atas pelajar Jabatan Dakwah tahun dua dibawah kelolaan Prof Madya Dr Abdul Ghaffar Don. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai objektif yang telah digariskan di dalam subjek PPPM2023. Antara objektif program ini sendiri adalah untuk mengaplikasikan kembali segala teori-teori yang telah dipelajari di dewan kuliah sebagai pendedahan awal dalam menempuh suasana dan situasi sebenar.Selain itu, sebagai medan untuk para pelajar menimba pengalaman untuk memberikan khidmat sosial kepada masyarakat asli.Di samping menyampaikan matlamat dakwah islamiah dan mengislam orang bukan islam terutamanya yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli.

Program ini telah diadakan selama satu minggu bermula dari 22 Mac hingga 28 Mac 2011. Penyertaan ini hanya terbuka kepada pelajar Jabatan Dakwah tahun dua yang seramai 67 orang pelajar telah terlibat menjayakan program ini. Ianya juga disertai oleh beberapa orang guru pengiring yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan. Antara pensyarah-pensyarah yang telah terlibat dalam program Khidmat Sosial Masyarakat orang asli ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan iaitu Prof Madya Dr Fariza Mohd Sham, Prof Badlihisham Mohd Nasir, Prof Madya Dr Ahmad Redzuwan Yunus, Prof Madya Dr Abdul Ghaffar Don, Ustaz Anuar Puteh, Dr Adawiyah Ismail, Prof Madya Dr Ideris Endot,Prof Madya Dr Razaleigh Hamzah@Kawangit dan Ustaz Faisal bin Syaari.
Berbagai aktiviti telah berlangsung semasa program ini dijalankan seperti Majlis Penyerahan Anak Angkat, Makan bersama Orang Asli, Ziarah, Malam Kesenian, Sukan, Solat berjemaah, Hari Kesihatan Penduduk,Gubahan Kreatif dan sebagainya lagi. Semasa program ini berlangsung, kami telah mengambil kesempatan menemuramah beberapa orang penduduk kampung untuk bertanya mengenai masyarakat orang asli dengan lebih lanjut dari segi latar belakang keluarga, pendidikan, pantang larang yang diamalkan dalam kalangan masyarakat mereka, anutan agama dan banyak lagi. Ativiti-aktiviti yang telah disebutkan tadi merupakan metodologi dakwah yang dilaksanakan kepada masyarakat orang Asli di Tanah Gembur. Dengan kefahaman para pelajar jabatan dakwah dan kepimpinan UKM tentang metode dakwah dan kebijaksanaan mereka melaksanakannya telah berjaya menarik masyarakat Asli di situ untuk menganut Islam.
Pendekatan ziarah atau kunjungan ke rumah Orang Asli boleh disifatkan sebagai salah satu aktiviti asas bagi program ini yang tidak menempatkan pelajar di kediaman keluarga angkat. Dari segi masa, tiada period khusus yang ditetapkan sebagaimana yang dijadualkan untuk sesetengah aktiviti yang lain. Peluang pelajar2 melakukannya terbuka sepanjang tempoh program. Ia boleh dilakukan mengikut kesesuaian keadaan dan kelapangan masa kedua-dua belah pihak, pengunjung dan tuan rumah. Biasanya ia dilakukan pada waktu sebelum tengahari dan sebelah petang.
Setiap pelajar digalak mengunjungi keluarga angkat berulangkali bagi menjalin hubungan erat dengan masyarakat Orang Asli. Melalui amalan ziarah, dipercayai para pelajar dapat mewujudkan komunikasi antara perseorangan dan antara kelompok kecil masyarakat ini. Antaranya dapat menyampaikan maklumat sesuai dengan latar belakang penerima, menyampaikan perasaan, keyakinan dan kejujuran. Selain itu, maklum balas (feedback) daripda kumpulan sasar, dapat diperolehi dengan serta merta. Amalan ziarah ini turut dilakukan juga oleh pensyarah dan petugas2 dari pihak JAKIM.

Selain itu, makan minum untuk peserta program dan semua keluarga Orang Asli diurus dan disediakan oleh pelajar2 sendiri. Keperluan ini disediakan pada waktu pagi, tengahari dan malam. Bila tiba waktu makan, semua penduduk kampung dijemput untuk turut makan dan minum bersama-sama pensyarah, penggerak2 JAKIM dan pelajar. Pelajar dakwah dan kepimpinan UKM terutamanya kepada post jamuan bukan sahaja menyebarkan dakwah malahan mereka juga mempunyai kepakaran dalam bidang masak memasak sepanjang program berjalan. Dari segi layanan makan minum diberi layanan yang baik oleh post jamuan. Tahniah kepada post jamuan yang telah menguruskan dengan jayanya. Jika ada di antara orang asli tidak dapat datang kerana sakit atau sukar membawa anak-anak yang masih kecil, terutama bagi kaum ibu, makanan akan dihantar ke rumah keluarga itu oleh anak angkat masing2.
Hubungan kemesraan melalui makan minum diperteguhkan lagi melalui acara sukanika yang diadakan pada hari keempat. Beberapa acara diadakan bagi melibatkan penyertaan kanak-kanak, orang dewasa, penggerak JAKIM dan juga acara yang membabitkan penyertaan bersama antara pelajar dan Orang Asli.
Acara bagi kanak-kanak ialah tiup gula-gula dalam tepung, permainan rakit darat, upih pinang, bawa bola pingpong dalam sudu, berjalan menggunakan kaki tempurung, lari berganti-ganti, dan lari dalam gundi. semua pertandingan acara kanak2 ini ialah secara berkumpulan. Sementara itu acara bagi orang dewasa dan penggerak JAKIM ialah sepak takraw, bola sepak dan menyumpit. Majoriti masyarakat orang asli lelaki di situ mempunyai kemahiran dalam permainan bola sepak takraw berbanding bola sepak padang.
Acara sukaneka ini mendapat sambutan yang menggembirakan dari semua lapisan masyarakat Orang Asli. Penyertaan mereka dalam acara2 yg diadakan itu telah melahirkan semangat ingin mendapat kejayaan dengan mengikuti peraturan berkerjasama dan berpadu tenaga dalam satu pasukan. Kesemua peserta yang mengambil bahagian akhirnya diberikan hadiah masing2. Masyarakat orang asli begitu menepati janji dalam membuat perjanjian. Contohnya dalam perjanjian untuk bermain bola sepak. Mereka begitu menepati masa serta tepat pada waktu yang dijanjikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan