1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri
- Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.
2. Memuliakan fakir miskin
- Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.
3. Menahan marah
- Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda
4. Menunjukkan orang sesat
- Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
- Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.
6. Bersedekah
- Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
- Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat
- Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
- Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
- Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
- Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
- Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
- Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.