Ayat al-Quran

Rabu, 16 Oktober 2013

ANUGERAH ALLAH

Naili Alani Binti Muhammad Najdi


Assalamualaikum dan Salam Kunjungan buat rakan-rakan sekalian...Alhamdulillah..rasa syukur x terhingga..tanggal 1 julai 2013 aku dikurniakan seorang anak perempuan sulung..terima kasih tdk terhingga kpd isteri yg tersayang kerana mengorbankan tenaga nyawa utk melahirkan zuriatku..hari ini bergelarlah aku sbg seorang bapa yg mempunyai tanggungjawab yg besar utk mendidiknya..walaupun tugas seorang bapa begitu berat, insyaallah, dgn amanah yg diberikan oleh Allah ini akan ku tunaikan dgn baik..

Bayi seberat 2.42kg ini selamat lahir ke alam dunia pada pukul 10.20am, hari Isnin, 22 Syaaban 1434H bersamaan 1 Julai 2013 di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah.. Doakan semoga cahaya mata kami ini akan menjadi hamba Allah yg solehah serta menjadi penyambung perjuangan suci Rasulullah s.a.w.. Mudah-mudahan akan menjadi mujahidah Ummah sekaligus insan cemerlang dan bertakwa di dunia dan akhirat..Aminnn Ya Rabb!!!!..

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sanak family, sahabat, teman dan handai taulan yg menghantar ucapan tahniah sama ada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas SMS mahupun melalui facebook..Syukran jazilan khusus kpd sahabat2 yg sudi hadir menziarahi di rumah. Doa dan juga ucapan kebaikan dari antum amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiran! Ikatan persahabatan dan keeratan ukhuwwah yg dizahirkan amatlah saya sanjung tinggi. Semoga Allah merahmati kita semua dalam mencari redhaNya..

Benarlah bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Anak-anak adalah cahaya mata, aset agama, bangsa, dan negara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Sekian,

 Muhammad Najdi ibn Abdul Majid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...