Ayat al-Quran

Rabu, 30 Disember 2009

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura


1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri

  • Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.


2. Memuliakan fakir miskin

  • Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.


3. Menahan marah

  • Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda


4. Menunjukkan orang sesat

  • Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

  • Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.


6. Bersedekah

  • Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri

  • Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi sunat

  • Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.


9. Bercelak

  • Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

  • Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.


11. Sembahyang sunat empat rakaat

  • Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.


12. Menjamu orang berbuka puasa

  • Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


13. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

  • Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sabtu, 7 November 2009

REHLAH DI GABAI

Pada hari sabtu, bertarikh 7/11/2009, ana bersama sahabat-sahabat pergi berehlah di Sg. Gabai. Satu program yang tidak dirancang. Ini kerana pada hari tersebut sungguh memboringkan. Kemudian kami mengambil tindakan untuk berehlah di Sg. Gabai untuk mengisi masa lapang bersama sahabat-sahabatku. Banyak yang menarik ketika ana berehlah di sana...Antum smua nak tao apa yg menariknya?



Pada jam tepat pukul 12.35 tgh hari kami bertolak pergi ke Air Terjun Sg. Gabai. Perjalanan yang penuh cabaran yang ditempuhi.. Panas dan Hujan tidak menjadi halangan bg ana dan sahabat-sahabat untuk pergi..Perjalanan ke Sg. Gabai mengambil masa kira-kira 45 minit. Ketika perjalanan kami merempuhi panas, hujan, jalan yang berbukit serta jalan berlopak..Fuuuhh...x larat nk mengelak lopak...macam menunggang kuda plak...tetapi kmi tetap teguh dan tabah untuk menghadapinya...Kemudian tibanya kami disana pada jam pukul 1.10 tgh hari...Kami mnunaikan solat zohor dahulu sblm melakukan aktiviti rehlah....



Selepas menunaikan solat. kami meneruskan ekspidisi untuk berehlah..Kami perlu menaiki tangga untuk mandi air terjun diatas...satu lagi halangan yang perlu ditempuhi, iaitu menaiki tangga yang begitu tinggi...Cuba tgk muka ana dan sahabat2 ana...smuanya muka keletihan dan kepenatan...haha...tp x pa...itu smua bkn halangan bg kami...




Tibanya ke destinasi yang ditunggu-tunggu....tanpa membuang masa ana dan sahabat2 terus mandi dan berehlah otak bersama sahabat2...satu kenangan yang terindah buat ana bersama sahabat...akhirnya dapat juga melepaskan boring dengan memandi manda di Sg. Gabai...Airnya begitu sejuk sehingga menyucuk tulang....best sangaaaaaaaaaaant...try la pergi tgk...huhuhu....

Isnin, 2 November 2009

3 soalan seorang pemuda???

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.


“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”


Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.


Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.


“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.


Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.


Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.


Sekian..

Jumaat, 23 Oktober 2009

Manusia Bahan Uji Allah

  • Allah adalah penguji kepada manusia.
  • Manusia adalah bahan yang di uji.
  • Dunia adalah tempat manusia di uji.
  • Usia manusia adalah tempoh masa yang di uji.
  • Akhirat adalah tempat ambil keputusan ujian.
  • Syurga dan neraka adalah keputusan ujian manusia.

" Renung-Renungkanlah Dan Fikir-Fikirkanlah "

Isnin, 12 Oktober 2009

Sirah Peperangan Tabuk...Jihad Dengan Jiwa Raga dan Dengan Harta Benda, Jihad fi Sabilillah...

Punca Meletusnya Peperangan


Mengikut riwayat Ibnu Sa’d dan lain-lain bahawa telah sampai berita kepada Muslimin melalui orang-orang yang berulang-alik di antara Sham dengan Madinah bahawa orang-orang Rome telah berkumpul dengan bilangan yang ramai sekali. Bergabung sama dengan mereka ialah orang-orang Arab Nasrani dari qabilah Lukhman, Judh’am dan beberapa qabilah lagi yang bernaung di bawah pemerintahan Rome dan sudahpun sampai peninjau-peninjau mereka ke negeri Balqa’. Maka Rasulullah S.A.W pun merayu orang ramai supaya keluar berperang.


Diriwayatkan oleh Tabrani dari hadith ‘Imran ibn Husain, bahawa bala tentera Rome itu dikelolakan oleh empat puluh ribu orang tentera.


Peristiwa ini berlaku pada bulan rejab tahun kesembilan Hijrah, di musim panas di paras yang paling tinggi. Lantaran terlalu panas menyebabkan sukar kehidupan manusia.berkebetulan pula musim buah-buahan di Madinah dan sudah sesuai untuk dipungut dan dituai. Oleh kerana musim panas dan musim buah-buahan sudah masak maka terpaksa Rasulullah mengajak dengan merayu supaya mereka keluar untuk berperang.


Ka’ab Bin Malik menceritakan: “ Tidaklah Rasulullah hendak menyerang terus cuma Baginda hendak berangkat cara berselindung. Lalu berangkatlah Rasulullah S.A.W diikuti oleh para pejuang dalam cuaca yang sungguh panas. Mereka berangkat menghadapi perjalanan yang jauh dalam padang pasir. Kemudian terpaksa pula berhadapan dengan musuh yang berlipat ganda banyaknya, semuanya itu harus dihadapi oleh Muslimin untuk persediaan perang.


Begitulah keadaannya. Perjalanan untuk Peperangan Tabuk ini sungguh sukar. Banyak ujian dan dugaan berat terpaksa mereka lalui termasuklah kemunafikan orang-orang munafiq yang mula memainkan peranannya dan kekukuhan iman orang yang beriman, juga bertindak membawa mereka yang beriman mengambil bahagian.


Beberapa kumpulan Munafiqin berkata sesama mereka: ̋ Jangan keluar dalam cuaca panas terik ini...̏ Datang seorang dari kalangan mereka menemui Rasulullah, katanya: ̋ Izinkanlah saya (untuk tidak pergi berperang) dan janganlah jadikan saya tercebur ke dalam fitnah. Demi Allah saya ini terkenal di kalangan kaum saya sebagai seorang yang sangat meminati wanita, kerana itu saya takut kalau saya terlihat wanita-wanita kuning (wanita Rome) nanti saya tidak sabar ̏. Maka Rasulullah pun membenarkannya dengan apa yang dimintanya.


̒ Abdullah ibn ̒ Ubai ibn Salul pula mengumpulkan rakan-rakanya yang setia di satu tempat di hujung kota Madinah. Tatkala Nabi S.A.W. berangkat keluar maka dia dan rakan-rakannya ketinggalanlah.


Adapun orang-orang mukmin, mereka menyahut seruan Rasulullah dengan seupaya mungkin. Yang kaya didesak supaya memberi sumbangan mengikut keupayaan masing-masing, seperti binatang tunggangan dan sebagainya, maka kebanyakkan mereka membawa seberapa yang terdaya dari wang dan harta benda. ̒ Uthman r.a membawa tiga ratus ekor unta lengkap dengan alat-alat menunggangnya, dengan wang sebanyak seribu dinar, dituangkan di bilik Rasulullah S.A.W. Lalu kata Rasulullah: ̋ Tidak akan memudharatkan Uthman dengan pemberiannya ini ̏.


Abu Bakar r.a membawa semua hartanya manakala ̒ Umar r.a membawa separuh daripada hartanya.

Dan datanglah beberapa orang muslimin yang tidak punya binatang kenderaan kepada Rasulullah (sambil menangis). Mereka meminta Rasulullah memberikan binatang tunggangan, akan mereka gunakan untuk keluar berjihad bersama Baginda. Maka kata Rasulullah : ̋ Aku tidak ada sesuatu (binatang tunggangan) yang boleh membawa kamu ̏ . Lalu mereka pun beredar dari situ dengan airnmata berlinang sedih kerana tidak ada sesuatu yang akan mereka gunakan untuk keluar berperang.


Berangkatlah Rasulullah S.A.W bersama hampir tiga puluh ribu orang Muslimin. Ada beberapa orang muslimin yang tidak turut serta tanpa sebarang sebab. Diantara mereka ialah Ka ̒ ab ibn Malik, Murarah ibn Rabi ̓ , Hilal ibn ̒ Umaiyah dan Abu Khaithamah. Mereka ini mengikut kata ibn Ishaq – adalah orang-orang yang jujur, yang tidak boleh diragukan keIslaman mereka. Tetapi Abu Khaithamah akhirnya pergi juga dan sempat bertemu dengan Rasulullah.


Angkatan tentera Muslimin menghadapi berbagai kepayahan dalam perjalanan. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lain bahawa dua dan tiga orang berjalan kaki mengikut seekor unta yang ditunggang. Mereka menghadapi haus dahaga hingga terpaksa beberapa ekor unta disembelih untuk mendapatkan air dari tubuh unta-unta itu.


Diriwayatkan lagi oleh Imam Ahmad dalam masnad daripada Abu Hurairah, katanya: ̋ Dimasa peperangan Tabuk, angkatan perang muslimin menghadapi kebuluran, kata mereka: ̋ Wahai Rasulullah, kalaulah engkau izinkan kami akan sembelih unta-unta kami untuk dimakan ̏ ? Jawab Baginda: ̋ Buatlah ̏ . Datang Umar lalu mencelah: ̋ Wahai Rasulullah, kalau mereka berbuat begitu kuranglah nanti kenderaan, tetapi suruhlah mereka bawakan bekalan makanan mereka yang masih ada dan doakan supaya Allah memberikan berkat ̏ . Lalu Rasulullah pun meminta sehelai hamparan kulit dan dibentangkannya. Kemudian disuruh membawa bekalan masing-masing yang masih ada. Datanglah mereka, ada yang membawa segenggam bijian, ada yang membawa segenggam buah tamar, hinggalah terkumpullah sedikit di atas hamparan kulit itu.kemudian Rasulullah pun mendoakan berkatnya. Kata Baginda kepada mereka: ̋̋ Ambil dan isikan ke dalam bekas masing-masing ̏. Mereka pun mengambil dan mengisinya hingga penuh, tidak ada pun seorang yang ketinggalan. Mereka makan hingga kenyang, tetapi masih juga ada bakinya di atas hamparan. Lalu berkata Rasulullah: ̋ Bersaksilah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan aku ini Rasulullah.


Bilamana angkatan muslimin sampai di Tabuk tidak berlaku peperangan kerana tiada seorang musuh pun yang menunggu. Sebenarnya angkatan musuh yang begitu ramai itu telah lari berpecah-pecah bersembunyi di sana sini, setelah pada mulanya mereka berkumpul untuk memerangi Muslimin. Kemudian datanglah Yuhannah pembesar negeri Ailah kepada Rasulullah meminta damai. Baginda menerimanya dan membuat perdamaian dengan syarat mereka membayar jizyah. Berikutan itu datang pula penduduk-penduduk Jarba ̓ dan penduduk-penduduk Azrah meminta perdamaian dengan bersyaratkan membayar Jizyah. Perdamaian itu dimaterikan dengan satu surat dari pihak Rasulullah S.A.W.


Kemudian angkatan tentera Muslimin bersama Rasulullah berjalan melalui Al-Hijr (satu tempat yang pernah didiami oleh kaum Thamud), maka berkatalah Rasulullah kepada para sahabatnya: ̋ Kamu jangan masuk ke tempat ini, di mana orang-orang yang pernah menzalimi diri mereka sendiri, nanti kamu juga akan terkena bala’ seperti yang telah dikenakan kepada mereka, kamu hendaklah melintasi dengan berupa sedih menangis ̏ . Baginda pun berkelumbung menutup mukanya dan mempercepatkan perjalanannya meninggal lembah bekas penempatan kaum Thamud itu.


Kemudian Nabi S.A.W berangkat pulang ke Madinah. Tatkala sampai hampir dengan Madinah berkatalah Rasulullah kepada para sahabatnya: ̋ Itulah Madinah tanah bahagia, itu bukit uhud, bukit yang mengasihi kita dan kita mengasihinya, Madinah didiami oleh mereka yang bersedia untuk bersama kamu merentas perjalanan dan mengharungi lembah ̏ . Kata para sahabatnya: ̏ Wahai Rasulullah, apa hal dengan mereka yang masih berada di Madinah sekarang? ̋ Jawab Rasulullah: ̋ Mereka dihalang oleh sesuatu keuzuran...̏

Tibalah Rasulullah S.A.W pulang ke Madinah dari Tabuk pada bulan Ramadhan tahun itu juga (tahun kesembilan Hijrah) setelah meninggalkan Madinah hampir dua bulan.


Pengajaran dan Pedoman daripada Peperangan Tabuk


Peperangan Tabuk ataupun peperangan usrah merupakan tanda-tanda yang jelas bagaimana peranan iman yang benar terhadap jiwa-jiwa Mukmin. Iman tersebut membakar keazaman mereka untuk berperang dan mendorong tangan-tangan mereka untuk menghulurkan harta. Iman juga menimbulkan kemanisan jiwa untuk menempuh cuaca panas, kesulitan dan kepenatan demi jalan Allah dan mengejar keredhaan-Nya. Oleh itu, apabila tiga orang mukmin yang memiliki keimanan yang benar tidak keluar berperang dalam peperangan ini tanpa keuzuran, Rasulullah memerintahkan supaya mereka ini diboikot. Dengan itu, isteri-isteri dan bapa-bapa mereka tidak lagi berbual dengan mereka, apatah lagi kebanyakan orang Islam. Pemboikotan ini mendesak sebahagian mereka mengikat diri mereka di tiang Masjid. Yang lain pula mengurungkan diri di rumah. Sehinggalah Allah menerima taubat mereka, iaitu setelah orang Islam mempelajari satu pengajaran yang cukup mendalam tentang sesiapa yang tercicir daripa menunaikan kewajipan tanpa sebarang alasan. Alasan yang ada hanyalah alasan mengutamakan kerehatan daripada berpenat lelah dan memilih naungan yang teduh daripada kepanasan dan juga keterikan matahari.


Kesimpulan


Peperangan Tabuk ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, seperti yang digambarkan oleh Allah dalam al-Quran yang tidak ada pada peperangan yang lain. Kita boleh dapati beberapa ayat yang memberikan gambaran mengenai peperangan Tabuk dalam surah Taubah. Kebanyakkan ayat-ayat itu ditumpukan kenyataannya kepada betapa pentingnya jihad dengan jiwa raga dan dengan harta benda pada jalan Allah. Dan ditekankan bahawa jihad itulah satu-satunya dalil atau tanda paling nyata menunjukkan kebenaran dan kesahihan Islam seseorang Muslim. Jihad juga merupakan pembeza yang penting bagi membezakan Mukmin dengan Munafiqin. Kalau benar-benar sebagai Muslimin, hendaklah jangan menumpukan perhatian kepada kerehatan dan keselesaan hidupnya. Muslimin sebenarnya mesti memandang senang atau perkara ringan sahaja terhadap rintangan dan halangan yang walaupun berupa kesukaran dan azab dalam berjalan di jalan Allah, seperti yang dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh ayat-ayat Allah mengenai niat dan maksud yang tersembunyi dalam hati-hati Munafiqin.

Selasa, 6 Oktober 2009

Misteri Bencana Alam!!! Adakah Bala Daripada Allah SWT???


SUBHANALLAH!!! FUUHH... CUKUP menyayatkan hati saya apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT yg diturunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan saya. Semuanya bala yang menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.



Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang yg berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.

Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.



Selain itu timbullah persoalan dalam hati saya adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mesti la kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.



Pernah saya membaca sejarah kaum nabi Nuh, sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30) Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya."

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:





  • Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • Zakat dijadikan hutang.
  • Suami turut kehendak isteri.
  • Anak derhaka kepada ibunya.
  • Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
  • Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
  • Suara ditinggikan di dalam masjid.
  • Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • Arak diminum di merata tempat.
  • Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
  • Artis jadi pujaan.
  • Muzik banyak dimainkan.
  • Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi...Wallahu 'alam...yang lemah itu datang daripada saya sendiri dan yang baik itu datang daripada Allah...Sekian....
  • Isnin, 28 September 2009

    SEKULARISME DI TURKI


    Mustafa Kemal Ataturk


    Bendera Turki

    1.0 Pengenalan

    Daulah Uthmaniah yang diasaskan pada akhir abad ke-13 merupakan salah sebuah empayer agung yang pernah diwujudkan oleh manusia apatah lagi oleh tangan umat Islam sendiri. Daulah Uthmaniah mencapai kegemilangan apabila Sultan Muhamad al-Fatih berjaya menawan kota Constantinople pada tahun 1453 dan kemudian menukar namanya menjadi Istanbul. Kemuncak keagungan pemerintahan adalah pada zaman pemerintahan Sulaiman Agung (1520-1566).

    Menerusi Daulah Uthmaniah, telah banyak mencorakkan dunia secara berabad-abad lamanya, serta telah meninggalkan kesan mendalam kepada dunia kerana semangat dan ruh Islam juga turut berkembang maju sejajar dengan perkembangan Daulah Uthmaniah. Saki bakinya sehingga hari ini tidak akan pernah lenyap kerana Daulah Uthmaniah telah menampilkan keagungan dan kebesaran pemerintahan Islam yang indah dan penuh kerahmatan untuk seluruh umat manusia.

    Namun akhirnya kerana sikap kecintaan pada agama semakin hari-semakin kurang, ketawadukan, istiqamah, kesucian dan kemuliaan Islam semakin ditinggalkan. Dengan itu, maka berlakulah pembaharuan di mana kaum muda Turki ini inginkan sesuatu kelainan dalam sistem pemerintahan negara. Pada ketika itulah, salah seorang dari kaum muda itu adalah Kemal Ataturk, dan pengikut-pengikutnya bersama-sama meruntuhkan Kekhalifahan Uthmaniah dengan mewujudkan sistem dan nama baru Republik Turki.

    Begitulah sebar sedikit menerangkan bagaimana seorang musuh Islam iaitu Kamel Atarturk dan konco-konconya berjaya membenamkan Daulah Uthmaniah yang selama ini gah dipersada dalam kemodenannya, keilmuannya dan kemajuan dalam segenap aspek keperluaan dalam sesebuah negara. Dan di dalam kertas kerja ini akan lebih menerangkan tentang Turki dan pengaruh sekularnya agar dapat kita lihat sendiri bahananya dalam empayar Islam masa kini.


    2.0 Definasi Sekularisme

    Perkataan Sekularisme berasal daripada perkataan Latin iaitu, saeculum yang membawa erti satu generasi atau zaman ataupun dunia yang bertentangan dengan gereja. Ia tidak mempunyai hubungan dengan ajaran agama atau sebarang perkara mengenainya ataupun lebih tepat lagi boleh ditakrif sebagai fahaman yang membawa kepada penolakan agama di dalam kehidupan.
    (Abdul Latif dan Rosmawati 1998: 393)

    Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.

    Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.
    Tujuan dan alasan menyokong sekularisme pelbagai. Di Eropah, sekularisme disokong sekarang ia pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap sosial dan falsafah, masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah orang berpendapat sekularisme melindungi agama daripada diganggu kerajaan, dan pada masa yang sama di peringkat sosial sekularisme tidak meluas. Di kebanyakan negara pula, pergerakan politik yang berlainan menyokong sekularisme kerana pelbagai alasan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme)


    3.0 Mengenali Turki

    Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan lapan negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.

    Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantin dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh. [2][3]

    Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik dan sekular. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Daulah Uthmaniah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949, dan NATO sejak tahun 1952. Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun 1963. Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah ekonomi yang terbesar di dunia.



    4.0 Biografi Mustafa Kemal Ataturk

    Mustafa Kemal Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Salonika, Macedonia. Gelaran Kemal dalam istilah Arab yang bermaksud sempurna telah diberikan oleh gurunya kerana kemampuannya yang istimewa ketika berada dalam kelas. Gelaran Ataturk atau Bapa Pemodenan Turki pula dianugerahkan oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki pada November 1934 apabila Turki di bawah pelaksanaan dasar sekular mewajibkan setiap individu menggunakan nama keluarga.

    Sejak berusia 12 tahun Kemal telah ditanamkan dengan cara hidup tentera ala-Barat dan ini mendorongnya memasuki maktab Tentera di Salonika, tanpa pengetahuan ibunya, Zubeyde Hanim. Didikan disiplin ketenteraan di Akademi Tentera Istanbul mencambah minat Kemal dalam politik sehingga mendorongnya menyertai Turki Muda (CUP). Pada tahun 1920, Kemal telah mempengerusikan Perhimpunan Agung Pertama dan bertindak menggugurkan hak pemerintahan Sultan. Seterusnya beliau telah menamatkan pemerintahan Daulah Uthmaniah dan pengisytiharan pembentukan Republik Turki merdeka.

    4.1 Kehidupan Khusus Mustafa Kemal

    Tenggelamnya Mustafa Kemal dalam lautan syahwat adalah tanda yang sangat jelas bagi kehidupan. Kehidupan khususnya boleh di simpulkan dalam tiga kata sahaja iaitu: wanita, minuman keras dan kegilaan.

    4.1.1 Pada usia empat belas tahun, dia telah melakuan perzinaan dengan anak gadis puteri tetangganya. Kemanapun dia pergi, dan di mana pun dia lepas nescaya akan didapati dia berada di kedai minuman keras dan tempat hiburan yang penuh sesak dengan wanita pelacur. Itulah kehidupan dia selama di Damsyik. Sedangkan di Kota Salonika, maka jarang orang melihatnya kecuali di tempat kasino seperti Olimpus Palace, Yonio, Cristal dan sebagainya.

    Di sofia, Bulgaria di mana Mustafa Kemal sebagai atase tentera di sana, saat-saat luangnya sentiasa dihabiskan dengan wanita dan mabuk-mabukan sampai pagi. Di Halb, di Ankara dan di sekolah Pertanian di Ankara, dia menempatkan seorang pelacur yakni Khalidah Adib bersama suaminya di dekat apartmentnya, agar dia dengan mudah dapat berhubung gelap dengan wanita tersebut.

    4.1.2 Falsafah hidupnya adalah: Hendaknya para individu dan masyarakat itu jangan membiarkan kesenangan lepas dari tangan mereka.

    4.1.3 Disebabkan banyaknya minuman keras yang ia minum, maka pembuluh darah nampak di dua pipinya, khususnya pada bahagian wajah, sehingga mukanya menjadi merah seperti tomat. Setelah dia menjadi presiden, maka jadilah dia seorang pemabuk jelek perangainya dan suka berzinan dengan wanita. Berkata kawan karibnya, Ridha Nur: ̋ Sesungguhnya Mustafa Kemal terkena penyakit Gonorrhea (kencing nanah). Dia memerintahkan supaya tirai-tirai penutup jendela rumahnya di singkirkan sehingga orang dapat melihatnya ketika sedang minum arak.

    4.1.4 Dia mempunyai agen khusus untuk mencari gadis muda dan orang suruhan yang siap mendatangkan wanita untuk menjadi santapannya. Di antara mereka termasuk Jawad Abbas dab Menteri Luar Negeri Taufik Rusydi, yang menjadikan rumahnya di Ankara sebagai tempat bersukaria bagi Mustafa Kemal.

    Di antara kekasih sulitnya ialah Shalihah, yang dipersembahkan oleh suaminya sendiri untuk melayani Ataturk, Fikriyah dan Afah, seorang profesor wanita menjadi kekasih selama 14 tahun secara terus menerus. Maka di disebut sebagai kekasih tetap Mustafa Kemal. Di antara mereka terdapat wanita cantik dari Bulgaria. Yang dipersembahkan oleh suaminya sendiri, peguam Luffi, untuk mendapatkan konsensi (hak istemewa) dalam suatu usaha dari Mustafa Kemal. Dan termasuk di antara mereka ialah puteri Mufid Bek.

    Demikian juga dengan Khalil Basya. Dia telah menjual kehormatan isterinya sendiri kepada Ataturk, demi memperoleh konsesi perusahaan minyak. Ataturk sendiri memberikan padanya 3000 Lira untuk wang saku.

    4.1.5 Mustafa Kemal mengambil sejumlah wanita pelacur untuk dijadikan sebagai pelayan tetap di istananya. Dan dia mengaku mereka sebagai anak perempuan angkatnya. Sekarang ini, kaum revolusioner mengikut jejaknya dengan mengumpulkan perempuan pelacur di istana negara. Mereka menyebut wanita tersebut sebagai biarawati-biarawati revolusi.

    Kalau kita hendak memenuhkan pembahasan topik ini tentulah hal itu memerlukan waktu cukup lama dan memerlukan banyak lembaran kertas untuk menulisnya.

    Arak dan wanita telah menyebabkan banyak penyakit pada diri Mustafa Kemal. Sehingga jadilah tubuhnya kurus dan lemah dari sehari ke sehari.

    4.2 Sakit Dan Matinya Mustafa Kemal

    Mustafa Kemal di serang penyakit dalam (sirrosis hepatis), disebabkan alkohol yang terkandung dalam arak. Cairan berkumpul di dalam perutnya secara kronik. Ingatannya melemah, darah mulia mengalir dari hidungnya tanpa henti. Di samping itu dia juga di serang penyakit kelamin (GO), sehingga dia selalu menggaru bahagian tubuh antara kedua belah pehanya. Cairan yang berkumpul pada bahagian dalam perutnya (ascites), memaksa para doktor menyuntinya dengan jarum, kerana perutnya membusung dan kedua kakinya bengkak.

    Hari demi hari kesihatannya semakin melemah, mukanya mengecil, darahnya berkurang, tubuhnya pucat seputih tulang. Akhirnya dia pun tidak mampu bergerak sendiri. Di saat-saat menjelang kematiannya, Ataturk minta panggilkan duta Inggeris, Lorraine, kerana dia hendak mewariskan kepimpinan negara Turki kepadanya.
    Orang Turki pun bercakap mengenai seksaan yang diderita Mustafa Kemal selama sakit yang sangat aneh itu.

    Maksudnya:
    Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.
    (Surah as-Sajadah: 21)

    Maksudnya:
    Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi.
    (Surah az-Zumar: 26)

    Selama sakit, dia berteriak-teriak sehingga teriakannya sampai ke bilik-bilik istana yang menempatkannya, iaitu Istana Dulamah Boghja di Konstantin.

    Akhirnya, tubuhnya tinggal tulang berbalut kulit. Beratnya hanya tinggal 48 kilogram saja ketika dia mati. Gigi–giginya tanggal, mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya, dan dia berwasiat supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Kemudian pada hari khamis 10 November 1938, jam sembilan lebih lima minit, pergilah Ataturk dari alam dunia dalam keadaan dilaknat di langit dan di bumi.

    Maksudnya:
    Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
    (Surah ad-Dukhan: 29)

    Dia meninggal dunia setelah menghancurkan Turki, menghancurkan Islam, memporakporandakan keluarga, merosakkan akhlak, menginjak-injak kebenaran, merosakkan syiar-syiar agama dan merubah masjid menjadi gudang menyimpan bahan makanan.

    Maksudnya:
    Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan kedustaan terhadap Allah atau yang berkata: Telah diwahyukan kepada saya, padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata: Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah. Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan-tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): Keluarkanlah nyawamu. Di hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. Dan sesungguhnya kamu datang kepada kami sendiri-sendiri sebagaimana kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan dibelakangmu (di dunia) apa yang telah kami kurniakan kepadamu, dan kami tiada melihat bersertamu pemberi syafaat yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Allah di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) di antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap sekutu Allah.
    (Surah al-An’am: 93-94)

    Berkata Urfan Urka: Ataturk baru merasa puas kalau perjuangannya itu dapat menghancurkan peranan agama. Kerana memang sejak kecilnya dia menyakini tidak perlu Allah. Dia pernah mengatakan: Sesungguhnya kekuatan akal dan kehendak manusia dapat mengalahkan kekuatan Ilahi. Menjelang akhir kekuasaannya, Ataturk mengangkat genggaman tangannya dan mengacungkannya ke langit dengan lagak mencemuh dan mengancam.


    5.0 Prinsip Kamelisme

    Pada 29 Oktober 1923, Mustafa Kamel mengisytiharkan kelahiran Republik Turki moden setelah berjaya dalam perjuangan mendapatkan tanahair bagi bangsa Turki. Serentak dengan pengisytiharan ini, Kamel secara agresif telah melaksanakan pelbagai bentuk pembaharuan bagi melahirkan generasi bangsa baru Turki yang moden dan mengikut model Barat. Perubahan dilakukan yang melibatkan pembangunan sosial dan politik dalam usaha membentuk identiti kebangsaan yang baru.

    Perubahan drastik yang dilakukan oleh Kamel telah mencetuskan kontrovesi, khususnya yang berkaitan perlaksanaan Islam sebagai satu cara hidup dalam masyarakat. Norma hidup masyarakat yang baru dan moden yang cuba dihidupkan oleh kerajaan republik di bawah pimpinan Kamel berusaha memisahkan Islam daripada menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Turki.

    Menerusi pemerintahan Kamel, dia telah menerbitkan beberapa prinsip Kamelisme yang menjadi ideologi negara Turki moden iaitu republikanisme, sekularisme, nasionalisme, revolusionisme, populisme dan etalisme. Di antara keenam-enam prinsip tersebut, sekularisme adalah yang paling terpenting apabila disebarluaskan dikalangan masyarakat masyarakat melalui program-program pembaratan dan dijadikan agen dalam proses pemodenan Turki.

    Perlaksanaan prinsip-prinsip yang disebut telah menafikan peranan Islam sebagai teras yang telah memainkan peranan dalam membentuk peradaban Turki. Penolakan Kamel terhadap peranan yang dimainkan oleh Islam dalam masyarakat Turki moden dinyatakan dalam beberapa kenyataan dan tindakan semasa membentuk negara Turki moden. Bagi Kamel, bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang dipandu oleh akal, logik dan pemikiran bebas. Dia hanya mengiktiraf tamadun yang didatangkan oleh Barat dan bagi mencapai tahap bangsa yang bertamadun, perlu untuk Turki mengikut Barat. (Abdullah Azzam. 2007: xx)


    6.0 Strategi Kamel Melancarkan Pengaruh Sekularisme

    Tindakan pertama yang dilakukan oleh Kamel sebaik sahaja mengisytiharkan Turki sebagai sebuah republik ialah dengan secara rasminya menghapuskan sistem khalifah yang menjadi kesatuan politik seluruh umat Islam di Turki. Tindakan ini berlawanan sama sekali dengan janjinya sebelum ini ketika mengembleng seluruh tenaga rakyat bagi menghalau tentera penceroboh dari bumi Turki. Pada tahun 1922, Kamel pernah member jaminan bahawa kedaulatan Khalifah tetap akan terus dipelihara sebagai lambing kepimpinan rohani umat Islam. Alasan yang diberikan kepada umum adalah kerana pada pendapatnya pemerintahan Islam ini telah mengkhianati Negara apabila bersekongkol dengan kuasa asing yang mencerobohi Turki.

    Kamel kemudiannya mengambil tindakan yang lebih radikal apabila dia memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan dengan badan badan Kehakiman Sivil yang disesuaikan daripada Sistem Perundangan Sivil Swiss, Undang-undang Jenayah Itali dan Undang-undang Jerman. Perlaksanaan undang-undang sivil ini jelas bertentangan dengan undang-undang Syariah apabila urusan yang berkaitan dengan umat Islam disempitkan ruang lingkupnya menjadi urusan bersifat peribadi.

    Undang-undang Sivil Turki yang diperkenalkan oleh Kamel turut memperuntukkan hak yang sama kepada lelaki dan wanita dalam sistem pembahagian harta. Amalan poligami diharamkan dan kaum wanita diberikan hak dalam urusan penceraian. Perkahwinan pula didaftarkan mengikut undang-undang dan amalan tradisi mengikut ajaran Islam, iaitu amalan akad nikah hanya dijadikan sebagai pilihan.

    Dalam usaha melahirkan generasi baru yang sekular, undang-undang pendidikan Negara juga turut diselaraskan. Bermula pada 3 Mac 1924, sistem pendidikan secular telah dijadikan dasar utama disemuaperingkat pengajian. Serentak dengan itu, pada tahun berikutnya semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tareqat dan amalan sufi dimansuhkan.


    7.0 Proses Penturkian

    Proses sekularisme ini kemudiannya disusuli dengan program penturkian yang dilakukan secara agresif. Proses ini dilakukan dengan menukarkan budaya Islam yang terdapat dalam masyarakat Turki kepada budaya yang berteraskan kebangsaan Turki. Pada 6 februari 1933,arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab seperti yang disyariatkan. Usaha menterjemahal-Quran dalam bahasa Turki juga dilakukan dengan diketuai oleh Mehmet Akif. Walaubagaimanapun, percubaan ini Berjaya disekat oleh Syeikh Muhamad Rasyid Redha yang bimbang usaha ini akan mengelirukan umat Islam dan berlaku pemesongan akidah.

    Perubahan yang dilakukan oleh Kamel bukan sahaja melibatkan amalan semasa, dan malahan turut merangkumi menghapuskan warisan silam yang berkaitan dengan Islam. Masjid Aya Sophia yang sejak penaklukan Sultan Mehmed II ke atas Istanbul pada tahin 1453 menjadi lambang kejayaan Islam menawan kota tersebut telah diubah dan seterusnya menjadi sebuah muzim. Sebagai lambang bahawa masyarakat Turki sudah mencapai kemajuan seperti orang Barat,minuman arak dibenarkan di kalangan masyarakat Islam dan perbuatan serta penjualannya dimonopoli oleh kerajaan.

    Kemuncak perlaksanaan program sekularisme oleh Kamel ialah apabila Perlembagan Turki 1924 memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan “Agama bagi Negara Turki adalah agama Islam” . Artikel ini telah dipinda dengan artikel lain dalam Perlembagaan 1937 yang menjelaskan bahawa Turki adalah secara rasmi adalah Negara sekular. Perlaksanaan perlembagaan ini secara rasminya telah memisahkan Turki daripada sejarah silamnya yang menjadikan Islam sebagai terasnya. Dengan perlaksanaan ini maka jelaslah bahawa tidak ada penglibatan Islam dalam pentadbiran, dan kerajaan telah menetapkan bahawa mereka-mereka yang cuba untuk mengembalikan Turki ke zaman Islam dianggap melakukan jenayah dan akan dikenakan hukuman berat.



    8.0 Penentangan Terhadap Dasar Sekular Kemal


    Sememangnya dasar sekularisme yang dibawa oleh Kamel amat tidak disenangi oleh sebahagian besar umat Islam dan golongan liberal di Turki. Walaupun Kamel melaung-laungkan pendewaannya terhadap barat, namun beliau tidak menunjukkan toleransi nya terhadap nilai-nilai liberal yang diamalkan oleh barat. Pemerintahan autokratik Kamel ditentang oleh kumpulan tareqat yang menerima penindasan yang paling teruk.

    Selepas kematian Kamel, tanggungjawabnya dialih pula kepada seorang pengikutnya yang setia iaitu Ismet Inonu. Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, tuntutan ke arah liberelisme semakin kuat bersesuaian dengan perkembangan yang pesat di Eropah. Disebabkan desakan yang kuat dan bagi membolehkan hubungan yang rapat dengan barat, di bawah pemerintahan Inonu memberi sedikit kelonggaran kepada rakyat Turki dan ini memberi ruang kepada perlaksanaan sistem demokrasi pelbagai parti.

    Masyarakat Turki yang inginkan pembaharuan ke arah masyarakat yang lebih liberal dan kebebasan individu boleh dikategorikan kepada dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang tergolong kepada pengikut kumpulan sufi dan tareqat yang mahu diamalkan amalan mereka secara bebas dan mengembalikan kehidupan beragama dalam masyarakat. Kumpulan ini didokong oleh Badiuzzaman Said Nursi (1876/7-1960) yang memimpin sebuah gerakan islah yang dikenali sebagai Nurcu.

    Manakala golongan kedua ialah yang inginkan pembaharuan ke arah masyarakat Turki yang lebih liberak berjuang melalui landasan politik. Kumpulan ini diterajui oleh Celal Bayar dan Adnan Menderes yang menubuhkan Parti Demokrat dan seterusnya berjaya mengambil alih kuasa dari Parti Republik Rakyat (CHP) pada tahun 1950. Kenaikan parti Demokrat telah memberikan kesan kepada perlaksanaan Islam dalam kehidupan harian Turki contohnya mata pelajaran agama dibenarkan malah dijadikan mata pelajaran wajib, pembinaan madrasah dan masjid, penyiaran bacaan al-Quran ke udara dan lain-lain.

    PEMBAHARUAN SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR B. AL-KHATTAB

    1. PENDAHULUAN

    Umar b. al-Khattab merupakan khalifah kedua umat Islam yang memerintah antara tahun 13H-23H iaitu selepas kewafatan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq. Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan penerus kepada usaha-usaha yang telah dirintis oleh Khalifah Abu Bakr al-Siddiq. Umar b. al-Khattab adalah seorang kaum Quraiysh yang memusuhi agama Islam. Namun, setelah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t, beliau muncul sebagai seorang yang paling gigih menegakkan ajaran Islam dan menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya.

    2. BIOGRAFI UMAR B. AL-KHATTAB

    2.1 Asal-usul Umar b. al-Khattab

    Beliau ialah Umar b. al-Khattab b. Nbaufayl b. Abd al-Uzza b. Qurt b. Riyah b. Abd Allah b. Razah b. Adiyy b. Ka’ab b. Lu’ay b. Ghalib b. Fihr b. Malik b. Nadhir b. Kinanah (Ibn Qutaybah 1934: 77). Beliau juga dikenali dengan gelaran Abu Hafs. Rasulullah s.a.w kemudian telah menamakannya dengan gelaran al-Faruq. Ibunya bernama Hantamah bt. Hisham b. al-Mughirah b. Abd Allah b. Umar dari puak Makhzim yang berpengaruh di Mekah ( Ibn al- Athir 1965, 3: 53). Ibn Hajar (t.th 2: 518) meriwayatkan daripada Abu Na’im daripada Tariq b. Ishaq bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab telah dilahirkan empat tahun selepas berlaku perang Fijar iaitu sebelum perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi utusan Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, menurut beliau ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab dilahirkan tiga belas tahun selepas Tahun Gajah. Umar b. al-Khattab berasal dari suku Quraiysh Makkah iaitu puak ‘Adiyy b. Ka’ab. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah s.a.w di sebelah datuknya iaitu Ka’ab b. Lu’ay. Manakala dari sebelah ibunya pula, hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah s.a.w bertemu di sebelah datuknya yang keenam iaitu Murrah b. Ka’ab ( al-Wakil 1995: 75).

    Khalifah Umar b. al-Khattab membesar di kalangan masyarakat yang berada. Semasa kecil, beliau memelihara ternakan orang tuanya dan setelah itu beliau menjalankan aktiviti perniagaan dengan membawa barang dagangan berulang-alik ke Sham. Keislamannya membawa pengaruh tersendiri dalam perkembangan agama Islam. Antara lain kerana beliau merupakan seorang yang tegas dalam membela syiar-syiar agama Islam sehingga tidak seorang pun dari kalangan Quraisyh yang berani menentangnya (Ishak 2000: 8).

    2.2 Sifat-Sifat Peribadi

    Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah S.W.T. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah menyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang memerlukan.

    2.2.1 Berfikiran terbuka

    Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa.

    2.2.2 Berani

    Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah s.a.w sikap beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengisyitiharkan dirinya telah memeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah s.a.w. supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasulullah s.a.w. daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya itulah, maka beliau diberi gelaran “al-Faruq”.

    2.2.3 Adil


    Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut. Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda.

    2.3 Umar b. al-Khattab Sebelum Islam

    Umar al-Kattab lahir daripada kalangan keluarga yang tidak beragama Islam. Sebelum pengislamannya, Khalifah Umar b. al-Kattab merupakan jurucakap bagi menyelesaikan sebarang perbalahan diantara khabilahnya dan khabilah lain. Beliau juga merupakan ahli perniagaaan (Kahhalah t.th.: 10). Kehidupan beliau sebelum Islam sama seperti pemuda-pemuda Quraysh yang lain yang sukakn hiburan dan keseronokan di samping berwatak bengis dan tegas dalam menyatakan pendirian (Syalabi 1974: 12). Beliau juga memiliki keistimewaan dan keunggulan dalam bidang kesasteraan khususnya syair. Disamping itu, beliau juga merupakan seorang yang mahir tentang ilmu Nasab. Manakala kebolehan membaca dan menulis yang beliau miliki juga merupakan suatu perkara yang jarang-jarang dimiliki oleh masyarakat Quraysh pada masa itu ( Nu’man 1975: 37). Dari sgi fizikalnya Umar b. al-Khattab merupakan seorang yang tinggi lampai, luas dahinya, tubuhnya berbulu seperti kebanyakkan orang Arab, kedua bahunya berbidang lebar dan kedua lengannya pulah kukuh seperti orang yang bekerja keras. Beliau mempunyai kulit putuh kemarah-merahan, serta berjanggut kekuning-kuningan (Ibn al-Athir 1965, 3: 53).

    Umar b. al-Khattab sebelum apabila beliau berjalan beliau berjalan dengan pantas sehingga orang yang mengikutinya sering ketinggalan. Apabila beliau marah, beliau bagaikan seekor singa yang lapar. Ramai di antara orang Arab yang takut kepadanya. Sewaktu Rasulullah s.a.w. menyampaikan seruan Islam, Umar b. al-Khattab adalah di antara orang turut menyiksa pengikut Islam. Beliau telah melakukan beberapa penyeksaan kepada orang-orang tua, hamba sahaya dan kaum-kaum yang lemah. Pengikut-pengikut Islam dipaksa untuk mengikut agama nenek moyang mereka. Beliau merupakan orang yang kuat beribadat, kebiasaannya apabila mengembala kambing beliau akan membawa patung kecil berupa tuhan untuk disembah. Kadang-kadang beliau akan menyuruh orang membuat patung dari kuih atau manisan untuk disembah. Setelah itu patung-patung tersebut akan dimakan sebagao bekal atau makanan sehariannya (Fakrudin 1998: 78).

    2.4 Umar b. al-Khattab Selepas Islam

    Pengislaman Khalifah Umar b. al-Khattab, seperti yang telah diriwayatkan oleh Ishaq b. Yusuf al-Azraq daripada al-Qasim b. Uthman al-Basri daripada Anas b. Malik bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab telah keluar membawa pedang yang terhunus untuk membunuh Rasulullah s.a.w yang dikatakan membawa ajaran sesat. Sewaktu itulah, tiba-tiba seorang lelaki daripada Bani Zuhrah menceritakan tentang pengislaman adik perempuan beliau iaitu Fatimah dan adik iparnya Said b. Zayd. Apabila mendengar berita tersebut, beliau terus menuju ke rumah adik dan iparnya untuk mendapatkan kepastian (Ibn al-Athir 1965: 84).

    Ketika kedatangannya, Umar b. al-Khattab telah terdengar bacaan al-Quran yang sedang dibaca oleh Fatimah. Kemudian, beliau terus meminta kepastian tentang berita yang baru didengari tadi. Beliau memaksa mereka berdua meninggalkan agama yang dianggapnya sesat. Bagaimanapun, adik iparnya bertanya pula adakah agama yang dianuti oleh beliau adalah agama yang benar. Sebaik sahaja mendengar soalan tersebut, Umar b. al-Khattab terus menampar serta memukul adik iparnya sehingga berdarah. Manakala adiknya turut dipukuli kerana cuba menyelamatkan suaminya. Namun, walaupun dipukul dengan teruk, mereka berdua tetap tidak mahu berganjak daripada agama yang baru dianuti. Melihat keadaan tersebut, timbul perasaan kagum di hati Khalifah Umar b. al-Khattab dengan keteguhan Fatimah (Ibn al-Athir 1965: 85).

    Hati beliau turut tersentuh dan berasa menyesal atas perbuatannya. Beliau seterusnya meminta izin untuk melihat ayat yang telah dibaca oleh Fatimah tadi. Beliau kemudiannya membaca ayat daripada surah Taha, daripada ayat pertama hinggalah kepada ayat-ayat yang ke 14 dan berasa tertarik dengan ayat tersebut, lalu Umar b. al-Khattab menyuruh adiknya membawa beliau berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Kebetulan, Sayyidia Hamzah dan juga Talhah b. Ubayd Allah sedang berada di situ. Sebaik sahaja melihat Umar b. al-Khattab, Sayyidina Hamzah b. Abdul Mutalib berkata seandainya Allah S.W.T. mengkehendaki kebaikan dengan kedatangan beliau, maka mereka akan menyambut dengan tangan tebuka, tetapi sekiranya Umar b. al-Khattab mempunyai niat sebaliknya beliau sendiri akan membunuh Umar b. al-Khattab. Walau bagaimanapun, tujuan beliau adalah untuk menyatakan keislamannya (Ibn Athir 1965: 86).

    Setelah Umar b. al-Khattab menganut Islam, keadaan tersebut berubah. Dia tidak ingin melihat kaum muslimin dipukul kecuali dia sendiri merasakannya. Justeru, beliau menemui Abu Jahl untuk memberitahu bahawa dia dengan sedar telah menganut agama Islam supaya kafir Quraysh mahu menentangnya. Tiada apa-apa tindakan diambil terhadapnya. Malah pengislaman Umar b. al-Khattab juga dikatakan mendorong orang Islam yang berhijrah ke Habshah sebelum ini pulang ke Makkah kerana mendengar khabar bahawa orang Quraysh telah menghentikan penindasan mereka ke atas orang Islam setelah Umar b. al-Khattab menganut Islam (Ibn Sa’d 1957, 3: 267-270).

    Hubungan Umar b. al-Khattab dengan Rasulullah s.a.w. bertambah rapat bila anaknya Hafsah dikahwinkan dengan Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. ditimpa sakit, beliau merupakan orang yang sangat khuatir akan kesihatan Rasulullah s.a.w. Hatinya sentiasa gelisah. Ini menyebabkan apabila beliau mendengar berita kewafatan Rasulullah s.a.w., beliau hampir menjadi gila. Kemudian datang Abu Bakr untuk menenangkan keadaan Umar b. al-Khattab dan umat Islam seluruhnya. Sewaktu pemilihan khalifah dilakukan, Umar b. al-Khattab telah mencalonkan Abu Bakr al-Siddiq untuk memegang jawatan khalifah. Hal ini mendapat persetujuan orang ramai (Fakhrudin 1999: 81).


    2.5 Kewafatan Umar b. al-Khattab


    Pada pagi Rabu 26 Zulhijjah Khalifah Umar b. al-Khattab telah keluar untuk menunaikan solat subuh. Sebaik sahaja beliau meluruskan saf jemaahnya dan ketika hendak takbir, tiba-tiba menunjuk Abu Lu’lu’ah yang terus menikam Khalifah Umar b. al-Khattab. Peristiwa itu berlaku sekelip mata, beliau ditikam dengan pisau yang beracun sebanyak enam kali dan tikaman tersebut menyebabkan isi perut Khalifah Umar al-Khattab terburai. Faktor sejarah menunjukkan bahawa kewafatan Umar al-Khattab adalah akibat tikaman Fayruz yang juga dikenali sebagai Abu Lu’lu’ah iaitu khadam kepada al-Mughirah b. Shu’bah. Menurut Muhammad b. Umar al-Waqidi bahawa Umar b.al-Khattab telah dibunuh pada hari Rabu bersamaan 26 Zulhijjah tahun 23 H / 644 M dan beliau dikebumikan pada pagi Ahad bersamaan 1 Muharram tahun 24 H / 644 M setelah memerintah selama 10 tahun 5 bulan 21 malam ( Ibn Sa’ad 1597, 3: 347: 365). Terdapat perselisihan pendapat mengenai umur beliau ketika wafat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ketika itu beliau berusia 55 tahun, 60 tahun, 61 tahun dan 63 tahun. Walau bagaimanapun, menurut Ibn al-Athir pendapat yang terakhir adalah lebih tepat dan sahih. (Ibn al-Athir 1965, 3: 53).



    2.6 Perlantikan Umar b. al-Khattab Sebagai Khalifah

    Abu bakar sebagai khalifah Islam yang pertama sentiasa memikirkan langkah-langkah yang perlu dilakukan demi kepentingan dan kebaikan umat Islam di zaman pemerintahannya. Beliau sentiasa merasa bimbang seandainya berlaku perpecahan di kalangan umat Islam seperti peristiwa yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu dalam menentukan siapakah yang layak untuk menyambung tugas Rasulullah s.a.w bagi memimpin umat Islam. Beliau tidak mahu berlaku pertelingkahan dalam memenuhi jawatan khalifah berulang kembali. Atas sebab inilah Abu Bakar sentiasa memikirkan tentang individu yang layak menggantikannya sebagai khalifah setelah beliau wafat kelak.

    Semasa Khalifah Abu Bakar sedang sakit, beliau telah ditanya tentang bakal penggantinya. Beliau kemudian memanggil Sayyidina Uthman b. Affan yang merupakan Setiausaha Negara untuk menuliskan wasiat tersebut, beliau telah meminta pandangan sahabat lain tentang cadangan beliau terhadap Umar sebagai pengganti. Abd al-Rahman b. Awf bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi beliau berasa ragu-ragu dengan peribadi Khalifah Umar b. al-Khattab yang menurutnya terlalu bengis. Khalifah Abu Bakar menyatakan pendapatnya bahawa Khalifah Umar b. al-Khattab tampak bengis tetapi beliau sebenarnya adalah seorang yang baik hati. Sayyidina Uthman b. Affan memberikan pendapatnya bahawa tidak ada di kalangan sahabat yang berperibadi seumpama beliau. Beliau berani serta tegas dalam menyatakan perkara yang hak. Ternyata sahabat yang lain bersetuju dengan cadangan tersebut. Setelah itu, Talhah b. Ubayd Allah mencadangkan agar cadangan tersebut diutarakan kepada orang ramai. Setelah mendapat persetujuan sebulat suara dari umat Islam untuk melantik Umar b. al-khattab sebagai pengganti Khalifah Abu Bakar, maka pengumuman telah dibuat oleh Khalifah Abu Bakar dalam khutbahnya yang bermaksud:

    Apakah kamu rela (setuju) dengan siapa yang akan aku lantik sebagai khalifah ke atas kamu nanti wahai Muslimin? Sesungguhnya demi Allah setelah aku sempat menjadi pemimpin dan aku tidak melantik yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku. Sesungguhnya aku melantik Umar b. al-Khattab, dengarlah dan taatlah (Ibn al-Athir 1965, 2 : 425-426).

    Semua yang hadir berkata “kami dengar dan kami patuh”. Pada petang hari Isnin tanggal 21 Jamadil Akhir tahun 13H/22 Ogos tahun 634M, Khalifah Abu Bakar telah meninggal dunia. Maka pada subuh hari selasa keesokkannya, Umar b. al-Khattab dengan rasminya dibai’ahkan menjadi khalifah Islam yang kedua. Selepas perlantikannya, Khalifah Umar b. al-Khattab telah naik ke mimmbar masjid untuk berkhutbah dengan memuji Allah S.W.T. dan RasulNya serta menyebut-nyebut tentang kelebihan Abu Bakar dan berkata:

    Wahai manusia, tidaklah aku ini melainkan salah seorang lelaki daripada kamu. Kalau tidak dengan arahan Khalifah Rasullullah tidak aku terima jawatan ini.

    Umar b. al-Khattab kemudiannya telah menghalakan pandangannya ke langit dan berdoa dengan katanya:

    Ya Allah, aku ini keras maka lembutkanlah aku. Ya Allah, aku ini lemah maka kuatkanlah aku. Ya Allah, aku ini bakhil maka pemurahkanlah aku.

    Kemudian Khalifah Umar b. al-Khattab berkata lagi:

    Sesungguhnya Allah telah menguji kamu dengan perlantikanku. Dan mengujiku dengan kamu selepas sahabatku Abu Bakar. Maka demi Allah dia tidak mendatangkan sesuatu perkara mengenai urusan kamu tanpa aku. Maka dia lebih cenderung kepada golongan kebenaran dan amanah. Sekiranya mereka berbuat baik maka dia akan lebih baik kepada mereka, seandainya mereka berbuat jahat, maka dia akan menakutkan (Ibn Sa’d 1957, 3:274).

    Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dibentangkan di atas, jelas bahawa perlantikan Umar b. al-Khattab sebagai khalifah Islam yang kedua bukanlah berdasarkan pemilihan yang dibuat secara individu semata-mata. Malah ia adalah hasil persetujuan dan persepakatanseluruh Muslimin pada masa itu. Sekali pun pada awalnya Khalifah Abu Bakar secara peribadi memilih Umar b. al-Khattab sebagai penggantinya, namun seandainya tidak mendapat persetujuan semua kaum Muslimin maka sudah tentu perlantikan tersebut tidak akan diterima.


    3. PEMBAHARUAN SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR B. AL
    KHATTAB

    3.1 Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

    3.1.1 Menetapkan awal tahun hijrah dan mempelbagai aktiviti pembangunan sosial.


    Khalifah Umar b. al Khattab merupakan orang yang pertama mengadakan takwim Islam berdasarkan tahun hijrah iaitu bermula pada tahun 1 Muharram ( menyamai 16 Julai 622 Masihi). Penubuhan takwim Islam ini dibuat pada tahun 17 hijrah, tujuannya adalah bagi memudahkan urusan pentadbiran negara. Beliau telah membuat penetapan mengenai awal tahun hijriyyah yang sebelum ini tidak pernah difikirkan oleh kaum muslimin. Surat menyurat yang diterima oleh Umar b. al-Khattab daripada panglimanya lengkap dengan tanggal hari, bulan tetapi tanpa tahunnya. Umar al-Kattab meminta pendapat para sahabat nabi tentang awal tahun hijriyyah. Para sahabat berpendapat tahun hijriyyah itu diawali dengan hijrahnya Rasulullah s.a.w. dari kota Mekah ke kota Madinah. Dengan ini Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama menetapkan calendar tahun hijrah
    (Nasution 1985: 177).

    Dalam usaha meningkatkan kehidupan rakyat pula, khalifah Umar b. Al-Khattab telah mengadakan pelbagai kemudahan awam. Beliau telah membina jalanraya, taliair, empangan seperti empangan Abi Musa dan empangan Amirul Mukminin, jambatan dan rumah-rumah persinggahan untuk pelawat. Beliau juga telah mengadakan perkhidmatan pos dan mengadakan matawang sendiri yang diperbuat daripada logam. Khalifah Umar b. al-Khatab turut membina bandar-bandar tentera (masalih) seperti bandar kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat. Bandar-bandar ini dijadikan pusat-pusat penempatan atau kem tentera didirikan bertujuan untuk mengawal sempadan wilayah-wilayah yang ditakluki dari bandar-bandar tersebut. Di tengah bandar-bandar tersebut didirikan pula masjid-masjid sebagai tempat beribadat dan pusat penyatuan masyarakat Islam. Dengan ini, segala usaha pembangunan sosial yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al Khattab adalah untuk kepentingan dan keselesaan rakyat jelata yang sebelum ini belum pernah menikmati kemudahan-kemudahan seperti yang pernah disumbangkan oleh beliau (Husayn 1961 :252-253).


    3.1.2 Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi


    Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.
    Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.


    3.1.3 Memperbaharui taraf kedudukan hamba

    Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
    Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.


    3.1.4 Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran


    Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

    3.2 Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

    3.2.1 Mengemaskini kadar pemberian al-Ata’


    Pada zaman Abu Bakr al-Siddiq, semua orang yang memperoleh elaun daripada kerajaan iaitu al-‘Ata mendapat kadar yang sama. Abu Bakr pernah diberikan cadangan supaya mempelbagaikan jumlah pemberiannya tapi ditolaknya. Kata beliau: “ Mereka berlebih kurang di sisi Allah. Akan tetapi, dalam soal elaun ini elok jika mereka mendapat kadar yang sama”. Dasar ini telah dilanjutkan sehingga akhir zaman pemerintahannya. Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab, apabila penaklukan Islam menghasilkan harta yang banyak, beliau mengubah kaedah pembahagian elaun dan tidak lagi menurut dasar yang telah dilakukan sebelumnya. Kata beliau: Patut ada perbezaan antara orang yang pernah memerangi Rasulullah s.a.w. dan orang yang pernah berperang dengan baginda”. Orang ramai mesti dikelaskan dalam penerimaan elaun berdasarkan kedudukan mereka berhubung Rasulullah s.a.w. Apa yang dijelaskan, Abu Bakr melihat setiap muslim seperti adik beradik. Mereka perlu mendapat bahagian yang sama daripada pusaka peninggalan bapa yang mereka warisi (al-Nabrawi 1991:96).

    Dalam hal ini, perbezaan kedudukan dan komitmen terhadap agama tidak diambil kira. Sementara Umar pula melihat perbezaan itu perlu diambil kira. Beliau menekankan soal senioriti sebagai asas perbezaan. Malah, apa yang dikehendaki oleh Umar ialah persamaan dalam erti kata yang sebenar. Ini kerana, tidak semestinya persamaan tersebut memberi maksud bahawa semua orang perlu mendapat kadar yang sama. Sebaliknya, setiap orang perlu mendapat kadar yang sesuai dengan sumbangannya sendiri. Umar sendiri pernah menegaskan apabila perubahan itu dilakukan oleh beliau katanya: ”Demi Allah, Ibn al-Khattab tidak bermaksud dengan perubahan ini kecuali keadilan dan kesamarataan” (al-Nabrawi 1991:96).

    3.2.2 Tidak membahagikan harta rampasan perang ( ghanimah) kepada tentera

    Pada zaman pemerintahan Umar b. al-Khattab, wilayah kekuasaan Islam sangat luas meliputi daerah Sham, Persia, Mesir, dan Iraq. Sewaktu negeri-negeri ini ditakluki, tanah pertanian termasuk tanah pertanian di Iraq dapat dikuasai oleh tentera Islam dan menjadi harta rampasan perang. Ketika itulah Umar b. al-Khattab mengirim surat kepada tentera Islam di Iraq mengatakan bahawa beliau tidak akan membahagikan harta rampasan perang khususnya yang tidak bergerak seperti tanah pertanian atau sawah kepada anggota tentera Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum ini. Umar b. al-Khattab pada dasarnya ingin agar tanah pertanian yang dapat dirampas itu tetap dikerjakan oleh pemilik sebelumnya, kerana mereka dianggap menguasai hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pengolahan tanah pertanian. Manakala harta rampasan yang bergerak pula , Umar b. al-Khattab melaksanakan hukum seperti amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.aw. sebelum ini iaitu dengan mengambil seperlima daripada harta itu dan membahagikan empat perlima yang lainnya kepada anggota tentera yang terlibat dalam peperangan (Ishak 2000:41).

    Kebijaksanaan Umar b. al-Khattab yang tidak mengagihkan harta ghanimah berupa tanah pertanian kepada anggota tentera kaum Muslimin, nampaknya dilatarbelakangi oleh pertimbangan tertentu. Umar b. al-Khattab bermaksud mendahulukan kepentingan umum yang menyeluruh berbanding kepentingan peribadi, suku, atau golongan. Sehubungan dengan ini diterangkan seperti berikut: Keputusan ini didasarkan kepada: Pertama, akan menghalangi perjuangan mereka, kedua, akan memerosotkan kuantiti produk pertanian kerana mereka kurang berpengalaman dalam bidang pertanian, dan ketiga, menyebabkan timbul kasta baru dalam masyarakat, iaitu golongan tuan rumah yang menjalankan praktis monopoli serta akan menjadikan golongan lain menjadi penganggur dan hidup tersisa, dan menghalangi generasi muda, sebagai generasi penerus untuk mendapatkan hak dan mata pencarian mereka (Khalid 1985: 211).

    Dilihat dari keterangan ini, kebijaksanaan Khalifah Umar b. al-Khattab untuk tidak mengagihkan tanah pertanian rampasan perang nampaknya mempunyai alasan yang rasional iaitu demi kepentingan masa depan umat Islam yang lebih baik dan lebih banyak. Jika Rasulullah s.a.w. membahagikan kepada orang-orang Muslim harta rampasan perang yang terdiri daripada tanah pertanian pada masa itu sesuai dengan situasi yang ada, khususnya untuk memperbaiki nasib orang-orang miskin Muhajirin dari Mekah yang diusir dari tempat kediaman dan harta kekayaan mereka. Dan jika Umar b. al-Khattab tidak membahagi-bahagikannya, maka itu adalah kerana pertimbangan ekonomi kaum Muslimin di masa akan datang yang juga merupakan kemaslahatan. Selain itu, keadaan tentera di masa Khalifah Umar al-Khattab memerintah baik kedudukannya dibanding dengan tentera pada masa Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakr al-Siddiq. Ini kerana tentera pada masa Umar b. al-khattab telah mendapat gaji tetap tidak seperti pada masa Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr al-Siddiq (Ishak 2000: 55).


    3.3 Pembaharuan Dalam Bidang Politik dan Pentadbiran

    3.3.1 Membentuk Majlis Syura


    Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.
    Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
    Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam. Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.


    3.3.2 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah


    Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
    Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

    3.3.3 Memperluaskan skop pengawasan dan pentadbiran

    Khalifah Umar b. al-Khattab memperluas skop pengawasan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya. Ini bermakna, pegawai-pegawai zaman Umar b. al-Khattab sentiasa berada di bawah pemerhatian atau pengawasan semua pihak. Khalifah Umar b. al-Khattab memperaktikkan beberapa kaedah bagi menjayakan sistem pengawasan pentadbirannya, antaranya:

    i) Memastikan semua gabenor wilayah dan pegawai kanan kerajaan berada di Mekah pada musim haji. Di samping itu, mereka juga diberikan peringatan tentang bahaya rasuah, hadiah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Rakyat seluruh negara dimaklumkan terlebih dahulu tentang pehimpunan tersebut. Individu yang bermasalah atau pernah dizalimi oleh pegawai-pegawai berkenaan. Dengan ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam setiap tindakan dan perlakuan.

    ii) Pegawai-pegawai yang bertugas di luar kawasan ibu negara Madinah tidak dibenarkan masuk ke ibu negara pada waktu malam kerana penyelewangan boleh berlaku pada waktu malam.

    iii) Pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan untuk membentangkan penyata harta milik mereka ketika mula bertugas, sedang bertugas dan ketika tamat perkhidmatan. Sumber-sumber harta yang bertambah tanpa bukti yang sah akan dirampas.
    iv) Khalifah dan pembantu-pembantu menyusun pogram rondaan malam dan siang bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang kehidupan rakyat jelata. Mereka juga berusaha menangani dan menyelesaikannya dengan baik.

    v) Bagi wilayah Islam yang berada jauh dari pusat pentadbiran, khalifah menugaskan ramai perisik untuk mendapatkan maklumat tertentu dan melaporkannya kepada ibu negara. Ini sebenarnya merupakan lanjutan polisi yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakr iaitu memberikan kebebasan bertindak kepada gabenor wilayah dalam urusan yang khusus dan membataskan tindakan kepada urusan yang umum (Mun’im 1974: 148; al-Adawi 1972: 205).

    3.3.4 Memperbaharui bidang kehakiman

    Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq, beliau akan mencari ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan panduan umum. Jika tiada beliau akan mendapatkan hadith atau al-sunnah dengan menanyakan kepada para sahabat terutama yang boleh dipercayai untuk dijadikan landasan hukum. Ini menunjukkan bahawa walaupun Khalifah Abu Bakr merupakan sahabat yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w. dan seorang khalifah, ternyata beliau tidak berani melakukan ijtihad sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al-Khattab. Antara ijtihad yang telah dilakukan oleh Umar b. al-Khattab ialah beliau telah menambah jumlah sebatan ke atas peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 sebatan. Pada masa Khalifah Umar b. al-Khattab beliau telah mengadakan penyerahan tugas kehakiman daripada khalifah kepada qadi (al-Aqqad 1965: 114-115; Arnus t.th: 11).

    Dalam bidang pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang terbaik serta mampu memberi keadilan kepada semua pihak. Pada masa pemerintahan beliau,banyak wilayah-wilayah baru dibuka dan empayar Islam meluas sehingga ke wilayah Rom dan Parsi. Orang-orang Arab telah bercampur dengan masyarakat bukan Arab dan timbul berbagai masalah baru yang perlu diselesaikan. Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama membuat pembaharuan dalam urusan kehakiman ; beliau melantik qadi sebagai ketua hakim di setiap daerah. Mereka berkuasa penuh terhadap melaksanakan tugas-tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pemimpin daerah. Dengan kata lain, qadi menjatuh hukuman tanpa memandang status, tidak kira samada seseorang itu berpangkat tinggi atau rendah, kaya atau miskin, bangsawan atau tidak. Umar tidak memberikan jawatan qadi kepada sebarang orang kecuali kepada mereka yang mampu dan cekap dalam bidang kehakiman. Syarat utama yang dijadikan pertimbangan ialah integriti peribadi seperti takwa, warak, adil, di samping kemampuan dan keluasan ilmu pengetahuan dan keterampilan dalam bidang kehakiman (al-Aqqad 1965 : 114-115 ; Hasan 1964 :54-55).


    3.3.5 Mengambil bekas golongan Riddah sebagai tentera Islam.


    Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, sebahagian dari wilayah Iraq, khususnya di bahagian selatan telah dikuasai oleh tentera Islam dan panglimanya pada waktu itu ialah Khalid b. al-Walid. Pada zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq juga, bilangan tentera Islam yang terlibat dalam peperangan pembukaan wilayah tidaklah begitu ramai dan terhad pula kepada golongan yang tidak pernak murtad. Dengan terlantiknya Umar b. al-Khattab sebagai khalifah , beliau telah melantik panglimanya yang baru iaitu Abu ‘Ubayd b. Umar al-Thaqafi untuk meneruskan ekspidisi di Iraq. Peperangan pertama berlaku di Qarqas (al-Jisr) yang dikenali sebagai perang jambatan. Peperangan ini berlaku di sekitar jambatan yang merintangi sungai al-Furat. Sebelum peperangan, berlaku cabar-mencabar antara tentera Islam dn Parsi tentang siapa yang berani menyeberangi terlebih dahulu. Oleh sebab tersalah perhitungan, Abu ‘Ubayd telah memerintahkan tenteranya menyeberangi jambatan tersebut. Justeru itu, tenteranya telah mengalami kekalahan dan Abu ‘Ubayd serta tujuh orang pahlawan daripada suku Thaqif termasuk saudara dan anak Abu ‘Ubayd terkoban. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 13H/634M. Dengan kekalahan ini, bilangan tentera Islam mula berkurangan dan ada di kalangan mereka yang mula hilang pedoman. Atas sebab itu, Khalifah Umar b. al-Khattab telah membuat perubahan dasar dengan mengambil bekas golongan al-Riddah sebagai tentera baru Islam bagi menyertai peperangan. Ini adalah memandangkan bekas golongan al-Riddah mempunyai bilangan yang ramai dan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan tentera Islam yang bilangannya agak terhad untuk menghadapi pihak musuh. Maka dengan ini, tiada lagi tindakan yang dikategorikan sebagai al-Riddah, diyakini bahawa golongan ini betul-betul menyesal dan mematuhi Ulil al-Amr ( al-Tabari 1879-1901 : 2202-2205).



    4. KESIMPULAN


    Kesimpulannya, Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan khalifah yang sangat mementingkan kemaslahatan rakyat jelata. Pelbagai kemudahan infrastruktur telah disediakan pada zamannya. Sikap keperihatinan yang wujud dalam diri Khalifah Umar b. al-Khattab menjadikan beliau dikagumi oleh rakyat jelata. Selain pembangunan sosial, bidang pendidikan juga amat dititikberatkan oleh beliau pada zamannya khususnya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu agama.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...