Ayat al-Quran

Jumaat, 2 April 2010

Tuduhan Dan Tohmahan Jahat Orientalis Terhadap al-Quran

Assalamualaikum w.b.t..Skali ini ingin sy berkongsi ilmu tentang tuduhan dan tohmahan orientalis terhadap al-quran. Orientalis merupakan gerakan yg didokong oleh para sarjana barat yang terdiri daripada org2 yahudi dan kristian. Golongan ini juga dikenali sbg gerakan pengkaji barat terhadap hal ehwal ketimuran khususnya di timur tengah. Mreka mengkaji di timur tengah adalah kerana timur tengah merupakan pusat kelahiran dan kemajuan awal umat Islam. Golongan ini mempertikai tentang kebenaran al-Quran dan juga matlamat utama golongan ini adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada akidah dan syariat Islam serta ingin memesongkan akidah atau kepercayaan umat Islam terhadap al-Quran dengan membuat pelbagai tuduhan. Antara tuduhan dan tohmahan orientalis yg dilemparkan terhadap al-quran ialah:

  1. Al-Quran adalah ciptaan manusia, bukan kalam Allah:
  2. Al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad s.a.w dan bukannya wahyu yg diturunkan olh Allah.
  3. Al-Quran telah dipengaruhi oleh situasi geografi, kehidupan beragama dan kebudayaan masyarakat Arab setempat.
  4. Al-Quran adalah bersumberkan golongan Hunafa' (mereka yang mewarisi kepercayaan nabi-nabi terdahulu).
  5. Al-Quran adalah sumber perundangan Rom Timur.
  6. Al-Quran ialah ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui pendengaran dari seseorang:
  7. Al-Quran adalah bersumberkan kitab-kitab Samawi terdahulu seperti Taurat dan Injil berdasarkan persamaan yang wujud pada hukum-hakam dan adab yang berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...