Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya pada kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup diatas muka bumi Allah yang penuh indah dan damai. Terima kasih di ucapkan kepada rakan-rakan yang melayari blog yang tidak seberapa ini. Selepas menunaikan solat isyak sebentar tadi, tiba-tiba tergerak hati untuk melayari my blog untuk dikongsikan bersama rakan-rakan sekalian. Pada kali ini ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan seperjuangan sekalian berkaitan tuduhan jahat orientalis terhadap al-Quran. Sebelum ini saya pernah post di blog ini, tetapi yang sebelumnya tidak beberapa lengkap. Jadi, kali ini ingin saya lengkapkan topik ini kepada rakan-rakan sekalian kerana topik ini menarik untuk diperbincangkan bersama. Al-Quran adalah kalam Allah dan juga sebagai sumber utama kepada umat Islam. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah mempertahankan kesucian al-Quran daripada difitnah, dicaci dan dihina oleh golongan-golongan orientalis laknatullah.
Read more
Read more
Golongan Orientalis atau mereka yang dikenali sebagai gerakan pengkaji Barat terhadap hal ehwal ketimuran khususnya Timur Tengah yang menjadi pusat kelahiran awal Islam. Mereka mengkaji masyarakat Islam Timur Tengah dari pelbagai aspek untuk tujuan dan matlamat yang pelbagai. Mereka juga mempunyai metodologi sendiri dan kebanyakannya didalangi oleh golongan Kristian yang cuba menyesatkan umat Islam dengan menimbulkan pelbagai kekeliruan dan tuduhan jahat terhadap Islam dan umatnya.
Antara tuduhan jahat yang dilemparkan ialah dengan mencetuskan kepercayaan Basyariyyatu Al-Quran (Al-Quran adalah ciptaan manusia), ia bukannya Kalam Allah Azza wa Jalla. Mereka mendakwa Al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad S.A.W. dan bukannya wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
Di kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa Al-Quran telah dipengaruhi oleh situasi geografi, kehidupan beragama dan kebudayaan masyarakat Arab setempat. Pendapat ini telah dikatakan oleh seorang Orientalis yang bernama Gibs. Oleh itu, dengan erti kata yang lain, Al-Quran ini tidak sesuai untuk situasi masyarakat yang lain. Ini juga bermakna dakwah Nabi tidak bersifat universal.
Ada juga yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah bersumberkan golongan Hunafa' (mereka yang mewarisi kepercayaan nabi-nabi terdahulu). Mereka menyangka bahawa Al-Quran adalah bersumberkan kitab-kitab Samawi terdahulu seperti Taurat dan Injil berdasarkan persamaan yang wujud pada hukum-hakam dan adab yang berkaitan.
Sebahagian lain pula menyebut bahawa syariat Islam adalah warisan perundangan empayar Rom Timur yang dipinda bagi menepati citarasa dan situasi politik negara Arab.
Seorang Orientalis dari Rusia pula, Agnatius Kratsykoysky menulis dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Geografi Sastera Arab mangatakan " Bahawa Al-Quran ialah ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui pendengaran dari seseorang".
Goston Luborn, menyebut bahawa hukum-hakam Al-Quran pada tanggapan beliau adalah tidak benar kerana melahirkan pertelingkahan di kalangan orang Islam dengan pelbagai golongan dan mazhab yang menurut hawa nafsu dan kepentingan peribadi mereka.
Gold Ziher juga menuduh para Fuqaha Islam menggunakan dalil-dalil Al-Quran dan mencipta pelbagai kaedah fiqah bagi membantu mazhab mereka bukannya atas dasar keilmuan dan bahasa fiqah.
Para ulama' telah menjawab segala tohmahan mereka itu dari pelbagai sudut dan ilmu. Tentang dakwaan mereka Basyariyyatul Quran, ulama' menegaskan bahawa Al-Quran sebenarnya wahyu Allah bukannya ciptaan Nabi S.A.W. Buktinya sebelum Nabi dibangkitkan menjadi Rasul, Nabi adalah seorang yang Ummi (tidak pandai menulis dan membaca). Bagaimana mungkin Nabi dapat menciptakan sesuatu yang begitu agung, yang diakui oleh pengkaji Barat sendiri bahawa kandungan Al-Quran adalah sistem kehidupan yang sempurna dan bertamadun.
Dakwaan mereka yang mengatakan Al-Quran dipengaruhi situasi masyarakat Arab juga terpesong kerana Al-Quran secara jelas membawa perubahan besar kepada masyarakat Arab yang sebelumnya berada dalam gelap Jahiliyyah dan keruntuhan moral yang parah.
Dan tentang dakwaan mereka yang menyebut Al-Quran adalah bersumberkan golongan Hunafa' adalah tidak benar kerana golongan Hunafa' menerima ajaran dan syariat yang ditinggalkan oleh nabi-nabi terdahulu yang kebanyakannya telah diseleweng dan dicampur-aduk dengan pelbagai rekaan, sementara syariat Islam membawa syariat yang sesuai dan sempurna untuk seluruh umat manusia.
Pandangan yang mengatakan Al-Quran adalah warisan perundangan Rom Timur pula adalah silap kerana prinsip-prinsip dan dasar yang dikemukakan oleh Islam jauh lebih baik dan jelas berbeza dengan apa yang digelar Tamadun Rom itu.
Akhir sekali, renungilah firman Allah S.W.T. yang berbunyi:
Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahwa mereka berkata:"Sesungguhnya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya(Muhammad)". Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya bahasa Ajam, sedang Al-Quran adalah dalam bahasa Arab yang terang.
(Surah an-Nahl: 103)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan